BILA SITI NURHALIZA KONGSI KENANGAN BERPELUANG MAKAN KFC DIUSIA 14 TAHUN : “ITULAH DETIK YANG SAYA TAKKAN LUPAKAN…”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah berkongsi kenangannya yang berpeluang menikmati hidangan ayam goreng KFC ketika berusia 14 tahun.

Menurut Siti, ketika itu abangnya iaitu Ayie sudah menjadi penyanyi dan dia bersama adik beradik yang lain berpeluang makan di restoran KFC di Kuala Lumpur.

“Maknanya, kami ada alasanlah untuk datang ke Kuala Lumpur. Waktu itu, KFC belum ada lagi di Kuala Lipis. Jadi, kalau nak makan KFC, kena turun ke Kuala Lumpur lah.

“Itulah detik yang saya takkan lupakan dan tak dinafikan, KFC sudah menyinari seluruh penggemar ayam goreng, termasuklah saya,” kata Siti yang berkongsi perkara itu ketika tampil di Konsert Kepci Music Fest di Stadium Malawati malam tadi.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*