Boleh Buat Untuk Raya, Ini Resipi Biskut Ulat Bulu Viral

Boleh Buat Untuk Raya

Boleh Buat Untuk Raya, Ini Resipi Biskut Ulat Bulu 

Pejam celik tinggal lagi berapa seminggu sahaja Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, mesti ramai yang tengah sibuk nak buat persiapan hari raya kan?

Ada yang tengah beli baju raya, ada yang sedang menghias rumah dan paling penting membuat persiapan kuih raya. Mana tidaknya waktu inilah penjual biskut atau kuih raya sedang sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan mereka.

Memang di pasaran terdapat bermacam-macam jenis pilihan kuih raya yang boleh dibeli sesuai dengan selera kita. Nak jamu tetamu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti kena ada biskut raya yang sedap kan?

Bosan juga kalau asyik jamu cornflakes madu dan semperit sahaja.

Justeru, kali ini SK nak kongsikan resipi kuih raya yang unik dan mudah. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita ini menunjukkan cara-cara mudah untuk membuat biskut ulat bulu yang boleh dijadikan sebagai hidangan hari raya nanti. Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.

BISKUT ULAT BULU 
Bahan-bahan:
  • 300 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung jagung
  • 50 gram susu tepung
  • 180 gram minyak sapi
  • 100 gram mentega
  • 100 gram gula icing
  • Perisa pandan hijau
  • Buah kurma yang dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan daripafa 1 biji buah kurma (Boleh juga guna jem kurma, tapi agak leceh untuk dibentuk)
  • Gula kastor (hiasan, tabur diatas biskut)

Cara-cara:

Putar gula icing dan mentega hingga sebati.

Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dengan tangan hingga sebati.

Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300 gram.

Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat. Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180 celsius.

Agak sukar untuk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tetapi kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri.

Untuk menentukan dah masak tengok dibawah biskut agak kekuningan.

Sesudah diangkat dari oven, taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan salutkan gula semasa biskut masih panas, jika dah sejuk gula tidak akan melekat).

BACA: Telur Dadar Pad Kra Pao Resipi Pertama Khairul Aming Untuk Bulan Puasa

Sumber: Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official via Facebook

The post Boleh Buat Untuk Raya, Ini Resipi Biskut Ulat Bulu Viral appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*