Pelakon Didakwa Tumbuk Isteri Bakal Dituduh Di Mahkamah Isnin Depan

Pelakon tumbuk isteri

Pelakon Tumbuk Isteri Bakal Dituduh Di Mahkamah Isnin Depan

Seorang pelakon yang disyaki melakukan perbuatan menumbuk isterinya bakal dituduh di mahkamah pada Isnin depan. Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh pelakon tersebut di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bahawa pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa lalu.

“Polis telah menerima maklum balas dan arahan TPR untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac),” katanya pada hari ini. 

Terdahulu, dalam laporan Sinar Harian ada melaporkan bahawa pihak polis telah mendapatkan perintah daripada mahkamah.

Perintah itu bagi tujuan menghalang pelakon tersebut untuk melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa sementara siasatan masih dijalankan.

Pada 5 Mac lalu, polis telah menahan pelakon lelaki itu kira-kira jam 12 tengah hari. Dia ditahan ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Namun begitu, pelakon itu kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas selesai memberi keterangan pada petang hari yang sama dengan jaminan polis.

Tindakan itu diambil selepas isteri pelakon tersebut telah hadir ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan polis berkenaan kejadian itu. Isteri pelakon itu mendakwa bahawa dirinya telah ditumbuk beberapa kali dibahagian mata oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika pasangan itu berada di dalam kereta yang sama ketika berhenti di kawasa R&R di Sungai Buloh.

Sementara itu, dalam laporan berita berasingan melaporkan bahawa seorang pelakon dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 10 Jan lepas. DiT atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai vape.

Pertuduhan ke atas pelakon drama ‘Hati Tanpa Rasa’ termasuk tiga orang rakannya, dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada pelakon berkenaan yang juga pemilik kedai vape, dua pekerja kedai berkenaan serta seorang penjual burger kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar kanabis anggaran berat 494 gram, di sebuah kedai vape di Taman OUG Parklane, Off Jalan Klang Lama di sini, pada 9.45 malam, 3 Jan lepas.

Sumber: Sinar Harian

The post Pelakon Didakwa Tumbuk Isteri Bakal Dituduh Di Mahkamah Isnin Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*