Buat ‘Overthinker’, Ini Tok Abah Kongsi Cara Berdamai Dengan Fikiran

Buat ‘Overthinker’, Ini Tok Abah Kongsi Cara Berdamai Dengan Fikiran

Rata-rata kebanyakan orang dalam dunia ini selalu sangat overthinking, kan? Dalam fikiran anda semua mesti penuh dengan soalan-soalan what ifs. Kadang-kadang, rasa macam senang sangat kita nak overthinking.

“Kalau buat macam ini, mesti macam ini yang berlaku.”

“Eh, macam mana kalau benda tu terjadi sebab diri sendiri?”

“Orang ramai tak suka saya ke?”

“Kalau salah buat, macam mana?”

Itulah antara soalan-soalan yang kerap bermain di fikiran anda. Satu demi satu, otak anda keluarkan persoalan sebegitu. Untuk perkara yang belum tentu akan terjadi pun, otak anda akan fikirkan.

Susah sebenarnya bila asyik overthink ini. Rasa macam hidup tak tenang sebab asyik berfikir. Jadi, perkongsian ini akan kongsikan nasihat pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fazilah Kamsah atau Tok Abah yang telah dikongsikan di platofrm X.

Cara Berdamai Dengan Fikiran

Terima hakikat bahawa:

1. Fikiran adalah sahabat kepada hati.

2. Maka perlu cari keseimbangan di antara penggunaan akal dan hati.

Macamana nak seimbangkan?

Amalkan 5 teknik di bawah:

1. Bangun awal pagi untuk solat tahajjud.

2. Tulis segala apa yang terfikir dalam fikiran, kemudian renung dengan hati, apakah hal bermanfaat yang kita dah lakukan dan jika buruk, apa hal hikmah yang kita kena ambil pelajaran.

3. Keluar, dekati alam. Jangan biarkan hidup kita hanya terperangkap di dalam bilik dan gadjet sahaja. Harmonikan diri dengan alam semulajadi.

4. Usahakan untuk solat 5 waktu di masjid. Itu tempat healing terbaik. Fokus untuk solat berjemaah dan baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 halaman sesudah solat.
5. Ingat bahawa apa yang ada dalam fikiran, 90% belum terjadi. Maka, alihkan perhatian kita, dari fikir hal tersebut kepada mengerjakan amal kebajikan seperti terlibat dengan NGO, melawat rumah anak yatim dan banyak lagi.

The post Buat ‘Overthinker’, Ini Tok Abah Kongsi Cara Berdamai Dengan Fikiran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*