Bunga Api LED Di Konsert Coldplay Singapura Tarik Perhatian

Bunga Api LED Di Konsert Coldplay Singapura Tarik Perhatian

Seperti yang sudah diketahui oleh semua peminat kumpulan Coldplay, mereka kini sedang melakukan konsert world tour di serata dunia.

Sebelum ini, mereka telah datang ke Malaysia dan melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedatangan mereka itu disambut dengan penuh semangat oleh peminat-peminatnya.

Kini, mereka sedang mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura. Rata-rata ramai yang telah menghadiri hari pertama konsert itu diadakan.

Konsert di Singapura itu telah menarik perhatian ramai kerana ia mempunyai pertunjukan bunga api yang sangat unik.

Bunga Api LED

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai jenibrrr, telah meraih perhatian ramai apabila dia menunjukkan pertunjukan bunga api di konsert Coldplay Singapura itu.

Dengan caption Fireworks from Coldplay Concert but make it Singapore version“, video itu telah meraih 24.2 ribu likes setakat penulisan ini.

Dalam video tersebut, persembahan bunga api itu dilaksanakan di permukaan atap stadium tersebut. Lampu LED yang terang lagi cantik menari-menari di permukaan atap itu.

Video berdurasi 12 saat itu telah menunjukkan suasana meriah di dalam stadium dengan persembahan bunga api LED itu.

Itulah persembahan bunga api yang dilakukan pada hari pertama konsert Coldplay di Singapura. Agak-agak akan ada lagi persembahan bunga api pada hari yang lain?

Ada bunga api atau tidak, yang penting dapat enjoy tengok konsert Coldplay secara langsung!

@jenibrrr

coldplay singapore 2024 – day 1 @coldplay #coldplay #coldplaysingapore #coldplaymusicofthespheres #fyp #fypsingapore

♬ A Sky Full of Stars – Coldplay

Sumber: jenibrrr via TikTok

BACA JUGA: Batalkan ‘Annual Dinner’, Bos Bagi Duit Kepada Pekerja

The post Bunga Api LED Di Konsert Coldplay Singapura Tarik Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*