Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Masalah lif PPR selesai

Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Kemudahan lif di kawasan perumahan bertingkat sangat penting kerana ia membantu memudahkan pelbagai urusan penduduk. Daripada ibu bapa yang pergi balik ke tempat kerja, anak-anak kecil yang ke sekolah hinggalah penghantar bungkusan atau makanan, masing-masing memerlukan fasiliti ini untuk memudahkan urusan harian mereka.

Walaupun begitu, kepadatan penduduk di sesebuah pangsapuri telah menyebabkan penggunaan lif begitu tinggi. Inilah situasi yang perlu dihadapi para penghuni apabila mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk menaiki lif. Apatah lagi jika berhadapan sikap sebahagian penduduk yang suka berebut dan memotong barisan sewaktu beratur menggunakan kemudahan tersebut. 

Kekerapan penggunaan pengaruhi jangka hayat lif

Menurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Omar Mat Piah, kekerapan penggunaan boleh mempengaruhi jangka hayat sesebuah lif. Justeru, ia perlu dinaik taraf jika sudah lama demi keselamatan pengguna.

“Lif terlalu kerap digunakan perlu dinaik taraf bagi mengelakkan sebarang risiko dan masalah kepada pengguna. Jangka hayat lif bergantung kepada kekerapan ia digunakan. Oleh itu, program penyelenggaraan perlu dilaksanakan lebih kerap.

“Setiap lif perlu diselenggara oleh pihak syarikat penyelenggara kompeten yang dilantik oleh pemilik premis dan berdaftar dengan JKKP sebagai syarikat pemasang, penyelenggaraan dan pemeriksaan lif,” ujarnya seperti dilapor-kan Sinar Harian.

Tambah beliau, pemilik lif penumpang perlu memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

Kredit BERNAMA

Kerajaan beri dana RM50 juta untuk baiki lif PPR

Melihatkan kepada keperluan dan kekerapan penggunaan lif di kawasan perumahan awam, kerajaan telah menyediakan bajet yang besar untuk membaik pulih lif melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk proses baik pulih perumahan awam menerusi Belanjawan 2023 pada Februari lalu. 

Dalam belanjawan itu, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membaiki lif di lima PPR di seluruh negara melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. 

Kredit BERNAMA

Ini termasuk PPR Bukit Jalil, Perumahan Awam Seri Pangkor 1, Perumahan Awam Seri Pangkor 2, Perumahan Awam Desa Rejang dan Perumahan Awam Seri Terengganu yang akan memanfaatkan 9,274 isi rumah. 

Selain itu, kerajaan juga bakal menyediakan perkhidmatan Internet percuma di 56 PPR terpilih di seluruh Malaysia.

Banyak inisiatif di bawah belanjawan diunjurkan oleh Kerajaan pada tahun ini bakal memberikan manfaat kepada rakyat. Untuk mengetahui pelbagai inisiatif kerajaan yang lain, pembaca boleh klik link ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

The post Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*