Calon “Top 5”, Bell Seloroh Akan Belanja Makan Tengah Hari Di Bulan Ramadan Kalau Menang 

calon top 5 bell

Calon “Top 5”, Bell Seloroh Akan Belanja Makan Tengah Hari Di Bulan Ramadan Kalau Menang 

Industri seni tanah air telah melahirkan ramai selebriti, pelakon, penyanyi dan pelawak tempatan yang berbakat.

Antara nama yang sering menjadi bualan masyarakat termasuklah Dayang Nur Faizah, Faizal Tahir, Adi Putra, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Syamsul Yusof dan termasuklah pelawak, Bell Ngasri.

Bercakap mengenai Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, merupakan satu nama yang sudah tidak asing lagi dalam kancah komedi tanah air.

Bakatnya di atas pentas dan layar perak tidak boleh dinafikan apabila mampu membuatkan penonton tak kering gusi dengan gelagat yang dipersembahkan.

Berlakon sejak dari kecil, anak kelahiran Petaling Jaya itu tidak pernah lekang dengan pelbagai tawaran lakonan khususnya yang bertema komedi.

Setiap adegan yang dibawanya tidak pernah mengecewakan para penonton.

bell ngasri tersenarai
Gambar: Facebook Bell Ngasri

BACA JUGA: Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan

Meskipun sudah dikenali lama, beliau sentiasa merendah diri dan disenangi oleh para peminatnya.

Antara rancangan yang pernah dipersembahkan oleh pelawak tersebut termasuklah Super Spontan, Maharaja Lawak Mega, Joyah, Bedah Vs Joyah dan banyak lagi.

Dia yang juga sangat popular menerusi watak Barkoba juga berjaya menarik perhatian peminat muda.

Terkejut Ada Nama Sendiri

Terbaru, Bell dalam satu hantaran di Facebook hari ini tidak menyangka bahawa dirinya disenaraikan sebagai calon top 5 bagi kategori Artis Komedi Popular.

“Dengan julung-julung kalinya saya tercalon top 5 ni. Saya pun tak pernah fikir pun benda ni,” tulisnya.

Tak Kisah Menang Atau Kalah

Gambar: Facebook Bell Ngasri

Tambahnya, pelawak itu berkata dia tetap bersyukur sekiranya tidak memperolehi kemenangan. Lebih-lebih lagi calon yang tersenarai juga merupakan kenalannya.

Pelakon berusia 43 tahun itu juga berkata sekiranya tersenarai dalam lima nama terbaik pun sudah cukup bertuah. Malah dia juga berseloroh untuk ‘belanja’ makan tengahari ketika bulan puasa jika dia memenangi anugerah tersebut.

“Saya mati-mati ingat calon BHP Minyak tu. Jangan lupalah undi saya. Tak menang tak apa top 5 pun alhamdulillah.

“Lawan pun kawan-kawan semuanya. Manifesto saya, InsyaAllah kalau saya berjaya saya belanja makan tengahari di bulan ramadan,” katanya di Facebook.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Facebook Bell Ngasri

The post Calon “Top 5”, Bell Seloroh Akan Belanja Makan Tengah Hari Di Bulan Ramadan Kalau Menang  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*