Campur 3 Bahan Ini, Tips Nak Buat Sebotol Sabun Cuci Pinggan Tahan 5 Kali Lebih Lama

sabun basuh pinggan tahan lama

Campur 3 Bahan Ini, Tips Nak Buat Sebotol Sabun Cuci Pinggan Tahan 5 Kali Lebih Lama

Tidak kiralah di mana-mana rumah sekali pun, baik rumah orang bujang mahupun keluarga, kedua-duanya memerlukan sabun pencuci pinggan.

Bagi pengusaha permis makanan, sabun pencuci pinggan merupakan salah satu bahan yang perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Sudah pastinya, mereka akan mencari pembekal yang menawarkan kuantiti yang banyak dan pada masa yang sama, dijual pada harga yang berpatutan.

Jika tidak, kos pengoperasian sesuatu perniagaan melibatkan makanan terpaksa menjadi lebih tinggi.

Peningkatan kos ini sekali gus akan meningkatkan harga makanan yang dijual bagi menampung kos pengoperasian yang tinggi.

Harga makanan yang tinggi sudah semestinya akan menyebabkan pelanggan ‘pergi ke tempat lain’.

Helah untuk bagi sabun pencuci pinggan bertahan lemi lama daripafa jangkaan

Namun, terdapat beberapa kedai yang menggunakan helah ini bagi memastikan sabun pencuci pinggan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

Menurut hantaran video menerusi akaun pengguna @ohmybunda, seorang wanita berkongsi tips mudah untuk memanjangkan jumlah stok sabun basuh pinggan anda.

Berdasarkan video tersebut, tips ini dikatakan dapat menjimatkan sabun sebanyak lima kali ganda.

Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya menggunakan tiga bahan iaitu sebotol cecair pencuci pinggan, air dan sepaket garam.

Botol besar kosong dan besen/jag besar pula antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan cecair pencuci yang lebih lama.

Pertama sekali, anda perlu memasukkan satu paket garam di dalam besen/jag yang kosong. Tuangkan sehingga tiada sisa garam yang tertinggal di dalam paket.

Selepas itu, masukkan air panas ke dalam besen/jag yang berisi garam tadi. Kacau larutan air panas dan garam itu sehingga larut dan sebati.

Kemudian, masukkan air biasa sebanyak lima liter berserta satu liter cecair pencuci pinggan ke dalam besen dan kacau sehingga sebati.

sabun basuh pinggan tahan lama
Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

Apabila larutan sabun tersebut sudah pun sebati, sabun pencuci pinggan mangkuk ‘tahan lama’ sudah pun siap dan boleh di simpan di dalam botol besar.

@ohmybunda

Tips jimat sabun #ohmybunda #fyp

♬ original sound – Syarifahkhyra✨ – Aurakhyra shop

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: @ohmybonda via TikTok

The post Campur 3 Bahan Ini, Tips Nak Buat Sebotol Sabun Cuci Pinggan Tahan 5 Kali Lebih Lama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*