Diborong warga China, Singapura hadkan jualan Panadol

SINGAPURA: Singapura mengehadkan penjualan Panadol selepas lonjakan permintaan ubat tersebut khususnya daripada warga China yang berada di republik ini sejak 16 Disember lalu.

Hasil tinjauan mendapati dua farmasi terbesar di daerah Tiong Bahru didapati mengehadkan penjualan tersebut kepada orang ramai.

Di farmasi Watson, ahli farmasi memberitahu pembelian Panadol mesti dibuat melalui kaunter juruwang sahaja bagi mengawal bekalan pil tersebut.

Sementara itu, tinjauan di farmasi Guardian mendapati satu notis ditampal mengenai pembelian maksimum Panadol yang dibenarkan adalah sebanyak enam kotak sahaja.

Walaupun sekatan tersebut dibuat, hampir keseluruhan jenis Panadol didapati kosong di rak jualan selepas dibeli pengguna.

Pasar raya terbesar di Singapura, FairPrice turut mengambil langkah sama dengan mengehadkan jumlah pembelian Panadol sebanyak empat kotak sahaja.

Menerusi kenyataan, pihak pasar raya itu meminta pengguna hanya membeli Panadol bagi tujuan peribadi sahaja.

Jelasnya, terdapat bekalan ubat lain yang boleh dibeli bagi merawat demam dan selesema.

Dalam pada itu, jurucakap pembekal Panadol berkata, pihak syarikat terpaksa bekerja keras bagi meningkatkan penghasilan ubatan itu disebabkan lonjakan permintaan di republik ini.

Kementerian Kesihatan menjelaskan peningkatan drastik permintaan Panadol disebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di China.

Ini kerana, ramai warga China di Singapura yang terdesak dan sanggup beratur panjang di syarikat kurier bagi membekalkan ubatan terbabit kepada ahli keluarga mereka.

The post Diborong warga China, Singapura hadkan jualan Panadol appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*