Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

usia sebenar kereta terpakai

Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Kereta terpakai atau ‘second hand’ sering menjadi pilihan para pengguna untuk mendapatkan model yang diingini dengan harga yang lebih rendah.

Jika sesetengah pengguna bernasib baik, ada kereta terpakai tidak ubah seperti kereta baharu disebabkan jangka masa penggunaannya yang sangat rendah.

Selain itu, penjagaan yang baik daripada pengguna lama juga menjamin jangka hayat bahagian-bahagian di dalam kereta.

Antara cara yang kerap digunakan untuk mengukur tahap keupayaan kereta terpakai adalah dengan merujuk bacaan ‘mileage’ pada odometer.

Menerusi bahagian ini, kita dapat melihat sejauh manakah kenderaan ini pernah bergerak, dari mula dibeli sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, bahagian ini sebenarnya boleh diset semula dan bacaannya akan kembali kepada 0 meter semula.

Dengan ini, para penjual kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab akan memanipulasi pembeli untuk membeli kenderaan yang dijualnya.

Baca: Rupanya Ini Sebab Kenapa Stereng Kereta Bergoyang Semasa Memandu

Ketidakjujuran dari para penjual akan memberikan padah kepada pembeli kerana mereka akan menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan kenderaan tersebut pada masa yang akan datang.

Bagi mengelakkan tertipu atau dimanipulasi oleh penjual kereta terpakai yang tidak berhemah, seorang pengguna TikTok telah memberitahu cara untuk mengenal pasti jangka hayat sebenar sesuatu kereta, tanpa bergantung sepenuhnya terhadap bacaan odometer.

Pengguna yang dikenali sebagai Pak Wee (@pakwee_oe) menasihati pengikutnya agar tidak merujuk bacaan pada odometer semata-matanya.

Apatah lagi, hanya bergantung pada maklumat yang tertera pada iklan jualan daripada para penjual. Sebaliknya, orang ramai perlu melihat kereta yang diiklankan secara bersemuka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan tersebut.

Sehubungan itu, Pak Wee menjelaskan beberapa bahagian yang perlu dilihat bagi menentukan usia sebenar kereta terpakai.

Pertama sekali. kita perlu melihat bahagian plastik dan getah yang terdapat pada bahagian bonet kereta. Bahagian bonet menempatkan beberapa bahagian penting dalam kereta seperti radiator, bateri dan lain-lain.

Kebiasaannya bahagian ini diperbuat daripada getah dan plastik. Jika sesebuah kenderaan itu sudahpun usang, kedua-dua bahan ini akan menjadi keras dan memiliki warna yang agak pudar.

usia sebenar kereta terpakai
Kredit: TikTok

Kedua, pengguna perlu melihat pada bahagian kaburator dan radiator. Tahap kebersihan bahagian-bahagian ini menunjukkan usia sebenar sesebuah kenderaan.

Jika bahagian kaburator dan radiator memiliki kesan kekotoran yang berwarna kehitaman, berkemungkinan besar kereta tersebut telah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Bagaimana jika anda memang tidak tahu menahu bahagian kereta langsung?

Bagi golongan ini, Pak Wee mencadangkan agar mencari kenalan yang mahir dalam membaiki kereta. Kebiasaannya, golongan mekanik kereta akan memberikan nasihat terbaik kepada pengguna, khususnya perkara yang perlu dijaga apabila menggunakan kereta terpakai.

Anda juga boleh memberikan upah kepada golongan ini untuk pergi meninjau kereta terpakai bersama-sama. Hal ini kerana, mekanik kereta lebih arif berkenaan ciri-ciri yang patut dielakkan ketika hendak membeli sebuah kereta terpakai.

@pakwee_oe

Beli kereta 2nd, mcm mne nk tau milage tinggi ke x🤕🤕🤕 #pakwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #fyp #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok #batugajah #batugajahperak #makwee #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #fypmalaysiaviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok #milage #kereta2ndhand #triton #belikereta #belikeretaterpakai #belikeretataktengokkereta

♬ original sound – PakWee – PakWee

BACA: Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

Sumber: @pakwee_oe via TikTok

The post Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*