COURTS Pelawa Pelanggan Kunjungi Kedai Untuk Pengalaman Yang Baru, Sekarang Faedah Serendah Sehingga 0.77%

COURTS polisi baru

COURTS Pelawa Pelanggan Kunjungi Kedai Untuk Pengalaman Yang Baru, Sekarang Faedah Serendah Sehingga 0.77%

Pada satu ketika dahulu, sebuah syarikat jualan yang dikenali sebagai Courts Mammoth cukup dikenali bagi penjualan produk mereka dengan skim pembayaran bulanan. 

Kini, syarikat tersebut telah mengalami transformasi dan diberi nama sebagai COURTS Malaysia.

COURTS bertekad untuk menjadi sebuah syarikat pilihan utama dalam kalangan pengguna bagi mencari barangan elektrik, elektronik, dan kelengkapan isi rumah.

COURTS kerap menerima kritikan dari pihak pelanggan.

Namun demikian, nama COURTS kini kerap menerima ulasan negatif dan kritikan daripada segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati.

Antara kritikan yang diterima termasuklah isu kadar faedah yang tinggi, proses penarikan barang, dan harga yang dianggap mahal.

Baru-baru ini, SK telah mendapat peluang untuk mewawancarai tiga individu penting dari pihak Courts dengan tujuan untuk mendalami pandangan mereka mengenai kritikan yang telah diajukan.

COURTS tak lagi tarik barang pelanggan, tawar interest rate serendah 0.77%

COURTS dengan gembira ingin mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan amalan penarikan barang pelanggan. 

Kredit Siakap Keli

Malah mereka juga telah menawarkan kadar faedah serendah 0.77% kepada setiap pembelian barangan oleh pelanggan di COURTS. 

Menurut En Nurul Asri, Pengurus Operasi – Semenanjung Malaysia, COURTS telah menghentikan tindakan penarikan semula barang selama lebih dari 5 tahun yang lalu.

COURTS berusaha sepenuhnya mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan Malaysia.

Serta telah memberi sumbangan positif kepada rakyat Malaysia dengan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kami telah menurunkan kadar faedah kepada kadar serendah 0.77% sejak 5 tahun yang lalu, yang merupakan kadar terendah di pasaran.”

“Kami mengalu-alukan netizen untuk datang dan menilai harga serta penawaran kredit kami. Setiap permohonan akan diberikan tempoh bertenang selama 3 hari untuk mempertimbangkan penawaran perjanjian sebelum membuat keputusan,” kata En Asri. 

Selain itu, En Nurul Asri juga mengakui kritikan dan pandangan negatif yang diterima telah mendorong mereka untuk terus memperbaiki perkhidmatan COURTS

Sehingga mampu bertahan sampai ke tahap sekarang dalam industri perkhidmatan penjualan barangan keperluan rumah kepada pelanggan.

Pelanggan bebas memilih tempoh pembayaran

Kredit Siakap Keli

Menurut En Anurag Srivastava, perubahan terbesar dalam COURTS sekarang adalah syarikat itu kini telah menjadi milik syarikat Nojima Cooperation dari Jepun. 

Kredit Siakap Keli

“Secara rasmi, kami ingin maklumkan bahawa Nojima adalah syarikat rantaian peruncitan terbesar di Jepun, yang baru-baru ini mengambil alih syarikat Courts di Asia.

“Sebagai hasil daripada pengambilalihan tersebut, syarikat ini kini dikenali sebagai Nojima APAC Ltd,” kata En Anurag, yang mengetuai COURTS Malaysia dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Sejak perubahan kepemilikan itu, COURTS Malaysia telah menjalani transformasi besar dalam operasional pusat jualan dan pendekatan mereka terhadap pasaran.

Menurut En Sam Chee Foo pula selaku Pengarah Dagangan Rantaian Bekalan & e-Commerce, kini pelanggan COURTS boleh menikmati tawaran yang lebih fleksibiliti. 

Kredit Siakap Keli

Terutamanya dalam menentukan tempoh pembayaran kredit yang sesuai dengan keperluan mereka

Jemput pelanggan rasai sendiri pengalaman bersama COURTS yang baru

Menurut En Anurag, pelanggan di Malaysia dipersilakan untuk mengunjungi COURTS dan merasai sendiri pengalaman yang baharu bersama COURTS.

“Jika pelanggan menghadapi sebarang masalah, kami menyediakan banyak pusat perkhidmatan yang bersedia memberikan nasihat serta sokongan mengenai perkhidmatan COURTS,” katanya.

Mengenai perubahan pemilikan syarikat, En Anurag menyatakan bahawa ramai pelanggan mungkin tidak mengetahui tentang perkara ini.

“Kami telah menerapkan pendekatan terbaru dalam falsafah perniagaan kami, di mana pelanggan menjadi keutamaan utama.

“Semua produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan menekankan kualiti terbaik, dan harga tunai kami adalah sangat berpatutan,” tambah En Anurag mengenai perubahan polisi syarikat.

Apabila berbicara mengenai kaedah pembayaran tunai, COURTS memberikan pelanggan pelbagai pilihan.

En Sam berkata bahawa COURTS kini menawarkan pelbagai jenis kaedah pembayaran termasuk tunai dan kredit

Ia boleh dipilih mengikut kesesuaian pelanggan dan mengikut bajet yang mereka tetapkan.  

“Dalam aspek promosi pembayaran kredit, kami menyediakan pelbagai pakej kepada pelanggan. Ini termasuk diskaun, hadiah, serta cashback.

“Selain itu, kami adalah satu-satunya penyedia kredit yang memberikan perlindungan jika pelanggan menghadapi sebarang masalah,” jelas En Sam.

Pada akhir temu bual itu, En Anurag turut berkongsi pelan jangka panjang mereka dalam usaha untuk menarik pelanggan baharu ke COURTS.

“Kini, COURTS memfokuskan usaha untuk menjadikan pengalaman pelanggan yang mudah dan terbuka. Di mana mereka boleh merasai produk berkualiti daripada COURTS,” akhiri En Anurag. 

Bagi mereka yang berminat dengan promosi terkini COURTS, pelanggan boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terutmanya mengenai perubahan yang sedang berlaku di COURTS Malaysia. 

The post COURTS Pelawa Pelanggan Kunjungi Kedai Untuk Pengalaman Yang Baru, Sekarang Faedah Serendah Sehingga 0.77% appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*