Dah Pencen Sejak 2003, Bekas Guru Masih Giat Mengajar Di TikTok

bekas guru mengajar tiktok

Dah Pencen Sejak 2003, Bekas Guru Masih Giat Mengajar Di TikTok

Tidak seperti kebanyakan orang lain yang memilih untuk berehat, mempunyai rancangan lain atau memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah bersara daripada bidang diceburi. Ada juga yang masih meneruskan pekerjaan tersebut disebabkan minat yang mendalam.

Itulah yang dapat diceritakan mengenai seorang pesara guru Matematik dari Purworejo, Jawa Tengah, Indonesia, Melan Achmad yang membuatkan ramai kagum dengan semangatnya apabila masih aktif mengajar di platform TikTok walaupun telah bersara 20 tahun lalu.

Meskipun hanya berkongsikan ilmu yang dimilikinya menerusi platform berkenaan, Pak Melan masih mengajar dengan pakaian kemeja dan seluar slack serba lengkap di hadapan pelajar dalam taliannya.

Mengajar Dalam Live

Gambar: TikTok @binaprestasisiswa

Dalam akaunnya @binaprestasisiswa, Pak Melan setiap hari mencurahkan ilmu kepada pelajar sekolah rendah dan menengah melalui siaran langsung (live).

Bagi pelajar sekolah rendah, dia akan mengadakan kelas pada jam 4 petang hingga 5.30 petang waktu tempatan. Manakala bagi pelajar sekolah menengah, dia mengadakan sesi pembelajaran bermula jam 7.30 petang hingga 9 malam.

Selain melakukan pembelajaran menerusi live, lelaki itu juga kerap memuat naik bahan pembelajarannya mengenai mata pelajaran Matematik di akaun TikTok miliknya. Dalam video-video tersebut memaparkan dia membincangkan soalan dan bahan berkaitan subjek itu di papan putih.

Gambar: TikTok @binaprestasisiswa

Pak Melan turut mengakui dia sering berdepan kesukaran melibatkan masalah gangguan rangkaian internet sewaktu melakukan perkara tersebut. Namun ia tidak mematahkan semangatnya. Sepanjang melakukan sesi pembelajaran itu, dia dibantu oleh anak-anaknya.

“Mbah dibantu oleh anak-anak mbah,” ujarnya kepada Detikedu.

BACA: Graduan Tajaan MARA Cemerlang, Peroleh Tauliah Dalam Bidang AI 

Tambahnya, sepanjang melakukan pembelajaran dalam talian itu, pengalaman menarik yang dialami olehnya adalah dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, pelajar dan guru.

guru pencen mengajar
Gambar: TikTok @binaprestasisiswa

Mendidik adalah hobi saya – Pak Melan

Mengulas lebih lanjut, Pak Melan berkata mengajar merupakan hobinya dan dia mahu membantu mendidik anak-anak.

“Ia adalah hobi saya dan saya ingin mencerdaskan minda anak-anak bangsa dengan mengasah otak melalui pelajaran matematik,” katanya lagi.

Ditanya mengenai berapa lama bekas guru itu merancang untuk mengajar di platform tersebut, dia tidak dapat mengesahkannya.

“Saya belum tahu lagi, ikut kemampuan Mbah,” maklumnya.

Sementara itu, rata-rata netizen kagum melihat bekas pendidik itu yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dalam bidang pendidikan. Sebahagian daripada mereka turut mendoakan kesihatan dan kekuatan buatnya.

@binaprestasiswa

♬ suara asli – Mbah Guru Matematika – Mbah Guru Matematika

Sumber: Detikedu

The post Dah Pencen Sejak 2003, Bekas Guru Masih Giat Mengajar Di TikTok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*