“Dah Tahap Marvel Pun Kalah,” Video Terbaru Sofyank Buat Netizen Kagum

Sofyank baru sahaja melancarkan video promosi bagi satu siri bertajuk Two Worlds yanga akan ditayangkan di Viu tak lama lagi. Menurut Sofyank atau Muhammad Sofian Abdullah, video itu mengambil masa 18 jam untuk sesi penggambaran dan memakan masa sebulan untuk kerja-kerja suntingan.

Ternyata, hasilnya sungguh luar biasa dan boleh dikatakan sudah mencapai tahap seiring dengan kesan-kesan khas (special effect) filem atau siri antarabangsa. Ramai memuji hasil kerja Sofyank di laman Twitternya dengan mengatakan “makin lama makin power”, “Giler tak suka..ni dh tahap marvel pun kalah”.

Sofyank mula terkenal di Malaysia dengan menghasilkan video-video kesan khas sehingga mendapat perhatian pembikin kandungan antarabangsa seperti Zach King dan Ryan Reynold. Siri Two Worlds ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan dibarisi pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein dan Mierul Aiman.
Episod 1 dan 2 sudah boleh ditonton di laman web atau aplikasi Viu secara percuma.

Sumber: Sofyank

The post “Dah Tahap Marvel Pun Kalah,” Video Terbaru Sofyank Buat Netizen Kagum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*