“Alhamdulillah,” Anne Ngasri Zahir Rasa Syukur Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara

Anne Ngasri GiatMara

“Alhamdulillah,” Anne Ngasri Zahir Rasa Syukur Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara

Pelakon terkenal, Datin Anne Ngasri menzahirkan rasa syukurnya selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Anne di laman Instagram miliknya menerusi hantaran yang dibuat pada dua hari lepas.

Anne atau nama penuhnya Ngasriah Ngasri turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan dirinya.

Bagaimanapun, pelakon popular sekitar tahun 2000-an ini tidak memperincikan lebih lanjut berkenaan tarikh sebenar pelantikan tersebut.

“Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara Malaysia…kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMara ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

“Syukur Ya ALLAH dan terima kasih pada yang selalu mendoakan saya. Saya juga doakan semua dilindungi dan diberikan yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang,” katanya.

Difahamkan, majlis pelantikan tersebut telah berlangsung di Duyong Marina & Resort, Terengganu pada 20 September yang lalu.

Selepas 30 tahun mencipta nama dalam dunia lakonan, kini figura berusia 38 tahun ini telah mengorak langkah dengan menceburi dunia politik.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain itu, Anne juga kini bergelar dan menjawat jawatan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.

Ibu kepada lima orang cahaya mata itu dilihat aktif dalam dunia politik selepas beliau bertemu jodoh buat kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.

Terbaru, adik kepada pelakon Bell Ngasri dan Darling Ngasri itu telah menerima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara.

Anugerah itu telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Sumber: Sinar Harian

The post “Alhamdulillah,” Anne Ngasri Zahir Rasa Syukur Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*