Dapat Lebih 12k “Share”, Ini Cara Mudah Nak Buat “Garlic Sauce”

cara garlic sauce mudah

Dapat Lebih 12k “Share”, Ini Cara Mudah Nak Buat “Garlic Sauce”

Buat penggemar makanan Arab, anda sudah tentu tidak asing lagi dengan sejenis sos berwarna putih ini, kan?

Sekali imbas, sos berkenaan tidak ubah seperti mayonis yang sering digunakan sebagai pencecah dalam kebanyakan makanan jalanan.

Namun bezanya, rasa sos ini sedikit berlainan dan jika diamati, jelas terasa kehadiran bawang putih di dalamnya.

Untuk makluman pembaca, sos seakan-akan mayonis itu sebenarnya adalah sos bawang putih atau biasa disebut sebagai garlic sauce dalam dunia masakan.

Sos bawang putih atau nama dari tempat asal usulnya, Toum adalah bahan lazim dalam masakan dari Timur Tengah seperti shawarma, falafel dan lain-lain.

Ini cara mudah hasilkan garlic sauce sendiri di rumah

Seorang pengguna Facebook, Afiqah Hairi baru-baru ini berkongsi cara untuk menghasilkan sos bawang putih sendiri di rumah.

Menurutnya, sejak mempelajari cara untuk menghasilkan sos bawang putih, dia kini tidak lagi membeli mayonis di kedai.

Baginya, rasa sos bawang putih jauh lebih sedap berbanding mayonis. Lagi-lagi buat mereka yang memang gemar dengan aroma bawang putih.

Berdasarkan perkongsian Afiqah, sos bawang putih yang dihasilkan memiliki tekstur saling tak tumpah seperti mayonis.

“Rasanya pun 99.99 peratus sama macam sos bawang putih di kedai masakan Arab. Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma,” katanya.

Menurut Afiqah, barang yang diperlukan untuk membuat sos ini juga adalah bahan masakan biasa ditemui di dapur-dapur.

Resepi ini hanya memerlukan 4 ulas bawang putih, sebiji telur, 2 sudu besar cuka, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam dan 1 cawan minyak jagung.

Pertama sekali, masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar, kecuali tepung jagung yang perlu dimasukkan sedikit demi sedikit.

Kemudian, kisar semua bahan tersebut sehingga mendapat tekstur seperti mayonis. Semasa mengisar, tambah sedikit demi sedikit tepung jagung.

Kata Afiqah, jika ingin membuat sos bawang putih dalam kuantiti yang banyak, anda cuma perlu gandakan sahaja bahan-bahan tersebut mengikut nisbah yang ditetapkan.

Sos bawang putih yang dihasilkan boleh disimpan di dalam peti sejuk dan bertahan selama kira-kira tiga bulan.

Selain makanan Arab, anda juga boleh menggunakan sos bawang putih untuk dijadikan sebagai pengganti mayonis.

BACA: Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan Di Jepun

Semoga bermanfaat.

Sumber: Afiqah Hairi via Facebook

 

 

The post Dapat Lebih 12k “Share”, Ini Cara Mudah Nak Buat “Garlic Sauce” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*