Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam

Video dashcam pesawat terhempas elmina

Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam

Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan satu kejadian pesawat terhempas berdekatan Elmina, di Shah Alam hari ini.

Sejak nahas tersebut berlaku, beberapa rakaman yang dibuat orang awam di lokasi kejadian turut dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular.

Salah satunya adalah rakaman dashcam daripada sebuah kenderaan yang melalui kawasan tersebut ketika kejadian itu berlaku. Detik-detik nahas itu berlaku dirakam menerusi dashcam depan dan belakang kenderaan tersebut.

Sebelum ini, sebuah kapal terbang peribadi telah dilaporkan terhempas berdekatan Elmina, Shah Alam sekitar jam 2.49  petang, hari ini.

Menurut CAAM dalam satu kenyataan media, pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

Menurut CAAM lagi, kontak pertama antara pesawat dengan Menara Kawalan Udara Subang berlaku pada 2.47 petang dan pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

”Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Udara Subang mengesan kehadiran asap dari lokasi kejadian namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.

”Seramai enam orang penumpang dan dua kru menaiki pesawat tersebut dan nasib kesemuanya tidak diketahui (setakat kenyataan media ini dikeluarkan),” kata CAAM.

Antara mangsa yang dilaporkan terkorban termasuklah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Johari Harun merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

BACA: Pesawat Terhempas Di Elmina Jenis Beechcraft Premier 1, Dinaiki 6 Penumpang & 2 Kru

Sumber: Nasir Chin via Facebook

The post Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*