Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – Prolintas

Laluan Elmina Ditutup

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – Prolintas

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telaH ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA: Exco Kerajaan Pahang Antara Mangsa Terkorban Pesawat Terhempas Di Elmina

Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.

Menurut laporan media, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft  Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor.

Sumber: BERNAMA

The post Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – Prolintas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*