“Dengarlah Dengan Beradab”, Ustaz Hariri Tegur Sikap Penonton Majlis Tilawah Al-Quran

ustaz hariri penonton majlis tilawah al-quran

“Dengarlah Dengan Beradab”, Ustaz Hariri Tegur Sikap Penonton Majlis Tilawah Al-Quran

Pendakwah dan penulis, Ustaz Mohd Hariri membuat teguran terhadap penonton yang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran baru-baru ini.

Difahamkan, Majlis Tilawah Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/ 2023M diadakah selama enam hari, iaitu 11-16 Jun 2023.

Majlis tersebut telah mengambil tempat di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut kandungan hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah berkenaan, Ustaz Mohd Hariri memberikan sebab mengapa dirinya menegur tindakan segelintir penonton yang menjerit ketika majlis berlangsung dengan tegas.

“Segelintir penonton di dewan yang mengikuti bacaan Qari dan Qariah menyahut dengan sebutan “Allah” atau kalimah kalimah membesarkan Allah dengan menjerit jerit.

“Lebih mendukacitakan lagi jeritan itu dibuat tanpa adab dan ilmu,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatiannya, setiap kali Qari atau Qariah mengalunkan seni tarannum jawabul jawab atau burdah luar biasa, ia disahut dengan jeritan yang keras.

“Ada juga yang mengikut jeritan kerana seronok orang lain melakukannya dan diakhiri dengan gelak ketawa.”

Perkara ini telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengajar al-Quran dan meminta dirinya untuk menegur perkara berkenaan.

Penganut agama Islam dinasihati agar menjaga adab ketika mendengar alunan ayat al-Qur’an

Dalam pada itu, Ustaz Mohd Hairi turut menasihati orang ramai untuk menjaga adab ketika mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran.

“Dengarlah bacaan Al-Quran dengan beradab dan jika mahu menyebut nama Allah, dibolehkan namun dilakukan dengan penuh hormat, menghayati isi kandungan Al-Quran dan tadabbur kepada ayat tersebut yang mengesan di hati.”

Katanya, perkara ini termaktub dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al Aaraf pada ayat ke-204:

وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untu mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Ibn Kathir pula berkata:

“Allah SWT menyuruh manusia supaya senyap ketika mendengar bacaan al-Quran sebagai mengagungkannya dan menghormatinya tidak sepertimana yang telah dilakukan oleh orang kafir musyrikin Quraish iaitu dengan kata mereka: “Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak)”

Pada akhir kenyataannya, beliau berharap agar teguran para guru Al-Quran dapat diambil iktibar agar kita sentiasa beradab dengan Al- Quran.

“Sebagai orang beriman, kita mesti dapat membezakan Majlis Tilawah Al-Quran dengan majlis nyanyian.” jelasnya.

BACA: Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga

Sumber: Mohd Hariri Mohamad Daud via Facebook

The post “Dengarlah Dengan Beradab”, Ustaz Hariri Tegur Sikap Penonton Majlis Tilawah Al-Quran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*