Tiga Jam Terperangkap Dalam Lubang Saluran, Si Bulus Berjaya Diselamatkan Bomba

terperangkap lubang saluran

Tiga Jam Terperangkap Dalam Lubang Saluran, Si Bulus Berjaya Diselamatkan Bomba

Sebut sahaja kucing, ramai yang mengetahui ragamnya yang tidak pernah “duduk diam”. Ada sahaja aksi yang membuatkan kita tertawa bahkan tidak senang duduk.

Apatah lagi, si bulus ini gemar bermain di kawasan saluran dan tempat yang sempit. Bukan apa, sebagai seorang pemilik haiwan itu, tentunya kita mahu ia sentiasa berada dalam keadaan selamat sama seperti anak sendiri.

Semalam tular seekor kucing berwarna putih terperangkap dalam sebuah lubang saluran air di sebuah rumah.

Dalam beberapa rakaman yang di muat naik oleh Zulkarnain Zakaria di Facebook memaparkan kelibat haiwan berkenaan.

Hanya muka haiwan yang dinamakan ‘Putih’ itu sahaja kelihatan di sebalik lubang saluran itu.

Menurut Zulkarnain, si bulus itu telah terperangkap dalam lubang berkenaan hampir tiga jam dan sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

terperangkap lubang saluran
Gambar: Zulkarnain Zakaria

“Misi menyelamatkan Putih. Dah dekat tiga jam tersepit, Sekarang pasukan bomba Cheras sedang berusaha keluarkan,” katanya semalam.

Menerusi klip tersebut, Putih seperti meminta tolong apabila kedengaran suaranya yang lemah sambil tangan dan mukanya terpampang keluar dari lubang.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Turut kelihatan seekor kucing lain (oyen) yang berada di sekitar melihat keadaan Putih yang tidak berdaya itu.

Sementara itu, misi menyelamat dilakukan oleh beberapa anggota bomba dengan memecahkan lantai simen menggunakan alatan khas.

Operasi menyelamat dilakukan dengan cermat dan teliti bagi memastikan si bulus tidak mengalami kecederaan. Hasil bantuan pasukan daripada Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Cheras, haiwan itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, Zulkarnain mengucapkan terima kasih atas bantuan anggota bomba berkenaan.

“Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Cheras yang membantu menyelamatkan Putih,” jelasnya lagi.

terperangkap lubang saluran
Gambar: Zulkarnain Zakaria

Dalam pada itu, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi oleh warganet susulan kejadian tular itu. Rata-rata mereka mendoakan keselamatan kucing itu agar berada dalam keadaan selamat.

kucing tersekat saluran kucing tersekat saluran kucing tersekat saluran

Sumber: Facebook Zulkarnain Zakaria 

The post Tiga Jam Terperangkap Dalam Lubang Saluran, Si Bulus Berjaya Diselamatkan Bomba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*