“Suka Hati Hampalah”, The Melvins Tak Heran Konsert Coldplay, Lagi Minat Ceramah Agama

the melvins coldplay

“Suka Hati Hampalah”, The Melvins Tak Heran Konsert Coldplay, Lagi Minat Ceramah Agama

Rakyat Malaysia sudah semestinya mengenali adik-beradik yang terkenal di seluruh Malaysia ini. Adik-beradik Melvin atau lebih mesra dikenali sebagai ‘The Melvins’ sering menghiburkan rakyat Malaysia melalui gelagat mereka di media sosial.

Dengan penggunaan loghat utara yang pekat, The Melvins tampil dengan keunikan tersendiri, khususnya ketika mempromosikan perniagaan kosmetik mereka.

Dalam pada itu, ketika demam Coldplay sedang melanda tanah air, ramai pempengaruh dan selebriti sering ditanya sama ada mereka bakal menghadiri konsert tersebut ataupun tidak.

The Melvins juga tidak terlepas daripada soalan tersebut ketika mengada sesi live di TikToknya baru-baru ini.

Diajukan soalan tersebut ketika sedang mempromosikan perniagaan menerusi TikTok Syatilla Melvin, (@samtilla82), jawapan yang diberi ternyata menarik perhatian.

Tak hairan langsung dengan konsert Coldplay, The Melvins lebih inginkan tiket ceramah agama

Berbeza dengan reaksi yang ditampilkan oleh pempengaruh lain, adik beradik ini langsung tidak tergugat dengan kehadiran artis ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia mengatakan rasa kecewa apabila mereka sukar untuk mendapatkan tiket konsert tersebut disebabkan isu ‘scaplers’ baru-baru ini.

Akan tetapi, The Melvins tidak langsung menunjukkan reaksi hampa mahupun geram kerana tidak mampu menghadiri konsert kumpulan muzik itu.

“Kalau ada tiket-tiket Ustaz Wadi ka, Abd Khair ka, khabaq.”

“Kalau Coldplay ka, Hotplay ka, apa jenis Play ka, toksah tanya kami,” kata Syatilla.

Ada ‘sebab’ mengapa mereka tidak begitu teruja dengan kehadiran Coldplay ke Malaysia

Reaksi adik-beradik ini sudah semestinya agak aneh kerana jika diikutkan logik, kita mesti teruja jika ada artis mahupun orang terkenal dari luar negara yang mahu mengunjungi Malaysia.

Rupanya, Syafiqa memberitahu peminat bahawa mereka sudah lama ‘kamching’ dengan Coldplay sehingga kumpulan tersebut ‘siap meminta pendapat mereka sebelum datang ke Malaysia’.

“Hari tu, sebelum depa decide nak buat konsert dekat Malaysia, depa tanya kami dulu. Depa kata ‘Boleh ka nak mai buat (konsert)’.”

“Aku kata ‘Mailah, suka hati hampalah‘” kata Syida.

Sesi ‘sembang kencang sampai gajah terbang’ ini sudah semestinya membuatkan warga maya terhibur. Patutlah mereka sudah tidak merasa teruja, sudah lama berkawan karib dengan Coldplay rupanya.

@hmmtakkenal

haa dengaq tu ampa, toksah dok tanya lgi 😂 #themelvins #syatillamelvin #syidamelvin #syafiqamelvin

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

BACA: Jokowi Tolak Naik Heli, Nak Tinjau Sendiri Jalan Rosak Guna Kereta

Sumber: hmmtakkenal via TikTok

The post “Suka Hati Hampalah”, The Melvins Tak Heran Konsert Coldplay, Lagi Minat Ceramah Agama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*