Kami Akan Teruskan Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin – PM India

india bantuan kemanusiaan palestin

Kami Akan Teruskan Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin – PM India

India akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, ujar Perdana Menteri India kepada Presiden Palestin menerusi panggilan telefon.

Perkara itu dimaklumkan oleh Modi sendiri menerusi sebuah hantaran di laman X miliknya.

Selain itu, Modi juga sempat mengucapkan ucapan takziahnya ke atas kejadian yang mengorbankan ribuan nyawa di Hospital Al- Ahli di Gaza.

“Sempat bercakap dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas. Menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa orang awam di Hospital Al Ahli di Gaza.

“Kami akan terus menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Kami mengambil berat berkenaan isu keganasan dan keadaan keselamatan yang semakin merosot di rantau itu,” tulis Modi di laman X miliknya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Panggilan telefon itu dilaporkan merupakan pertama kali terjadi antara Modi dengan pihak Palestin selepas konflik Israel-Hamas meletus.

Sebelum ini, Modi menyatakan solidaritinya bersama Israel dan turut menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Semalam, Modi menzahirkan rasa terkejut dan kebimbangan terhadap orang awam yang terkorban dalam konflik yang berterusan itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Modi selepas beribu-ribu dilaporkan terkorban dalam serangan ke atas sebuah hospital di Gaza.

Sumber: Hindustan Times, X/Narendra Modi

The post Kami Akan Teruskan Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin – PM India appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*