Dua Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini Atas Pertuduhan Peras Ugut, Rogol

anggota polis didakwa

Dua Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini Atas Pertuduhan Peras Ugut, Rogol

SHAH ALAM, 16 Jan (Bernama) — Dua anggota polis yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta akan didakwa di Mahkamah Ampang hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata proses pendakwaan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kedua-dua anggota polis itu akan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK) dan seorang daripada mereka akan turut dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 377C KK, Seksyen 377CA KK dan Seksyen 376(1) KK.

“Kedua-dua anggota polis akan dituduh pada 2 petang hari ini, selain, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan ditahan kerja serta-merta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

BACA: Anggota Polis Ditemukan Maut Dengan Kesan Tembakan Ada Masalah Keluarga – KPN

Beliau menegaskan tiada sesiapa akan dilindungi jika terlibat dengan jenayah dan setiap kes akan disiaat serta dibawa ke muka pengadilan.

Pada 11 Jan lepas, Bernama melaporkan dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA

BACA: Samun Kedai 24 Jam, Dua Anggota Polis Antara Empat Yang Ditahan

The post Dua Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini Atas Pertuduhan Peras Ugut, Rogol appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*