Dua Ekor Anjing Dikahwinkan, Kos Majlis Kenduri Cecah RM 61,000

anjing kos kenduri

Dua Ekor Anjing Dikahwinkan, Kos Majlis Kenduri Cecah RM 61,000

Dua ekor anjing selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Indonesia, lapor Mothership.sg.

Menurut CNBC Indonesia, majlis perkahwinan pasangan anjing baka Alaskan Malamute diadakan di sebuah taman anjing di Pantai Indah Kapuk, Jakarta Utara pada 14 Julai lepas.

Difahamkan, pasangan anjing itu yang masing-masing bernama Jojo dan Luna dipadankan oleh penjaga masing-masing. Jojo dan Luna telah pun mengikat tali pertunangan sebelum ini iaitu pada bulan Mei lepas.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 6j Family ❤ (@jacko.jackie.joyful.jojo)

Anjing selamat berkahwin, kos kenduri mewah curi tumpuan

Majlis persandingan kedua-dua ekor anjing itu pantas mencuri tumpuan masyarakat apabila dilapor menelan belanja sehingga 200 juta Rupiah (RM 60,500).

Menariknya, pasangan ‘pengantin’ anjing berkenaan turut tampil ‘segak’ dan ‘jelita’ mengenakan busana pengantin. Difahamkan, busana itu direka khas untuk kedua-dua ekor anjing berkenaan yang diinspirasikan daripada majlis perkahwinan masyarakat Jawa.

Lebih unik, seorang jurunikah khas turut dibawa ke majlis itu yang bertindak menyatukan ikatan ‘perkahwinan’ pasangan anjing berkenaan.

 

Manakala tetamu, yang terdiri daripada rakan-rakan penjaga Jojo dan Luna serta anjing peliharaan masing-masing juga disyaratkan memakai baju bertemakan adat orang Jawa ketika menghadiri majlis tersebut.

Di majlis tersebut, nasi kuning yang tertera nama pengantin turut dihidangkan kepada tetamu. Menurut Mothership.sg lagi, nasi kuning biasanya hanya disediakan untuk majlis-majlis atau upacara tertentu yang istimewa.

Nasi kuning mempunyai simbolik tersendiri iaitu dikatakan mampu membawa tuah dan kekayaan dalam kehidupan.

@neverendingchillife

aku mah apa atuh🥲🙏🏼 #nikahananjingdipik #anjingnikah #nikahananjingmewah #orangkayagabut #manusiapik #pikfact #fypシ゚viral

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Dalam pada itu, pemilik Jojo berkata, dia pada awalnya hanya mahu mengadakan majlis secara kecil-kecilan sempena hari jadi Jojo. Bagaimanapun, dia mengubah keputusan itu dan mengadakan majlis perkahwinan mewah untuk Jojo dan pasangannya.

Menyentuh mengenai wang yang dibelanjakan, kos-kos yang dikeluarkan selain untuk busana pengantin termasuklah upah jurusolek, menyewa lokasi majlis dan juga pencahayaan.

Selain itu, kos berkenaan juga meliputi kos penyediaan makanan, buah tangan untuk tetamu dan juga cabutan bertuah.

Malah, pemilik Jojo dan Luna juga menyediakan cenderahati khas kepada petugas-petugas media yang hadir mengadakan liputan majlis perkahwinan tersebut.

Secara keseluruhannya, mereka mengakui modal yang dikeluarkan sebenarnya melebihi 200 juta Rupiah.

BACA: Hayat Tinggal Lagi 4 Bulan, Penghidap Kanser Luah Teringin Nak Tahu Penghujung One Piece

Sumber: Mothership.sg

The post Dua Ekor Anjing Dikahwinkan, Kos Majlis Kenduri Cecah RM 61,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*