Dua Lagi Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Insiden Pergaduhan DIBW

lelaki pergaduhan dibw

Dua Lagi Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Insiden Pergaduhan DIBW

JOHOR BAHRU, 25 Sept (Bernama) — Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu malam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.

Dengan penangkapan terbaharu itu, ia menjadikan kesemua yang ditangkap susulan insiden pergaduhan tersebut adalah empat orang setakat ini, kata beliau.

“Pihak penganjur acara DIBW 2023 juga telah dirakam percakapan semalam, manakala empat lelaki yang ditahan direman mulai hari ini sehingga Rabu ini (27 Sept).

“Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kamarul Zaman dilaporkan sebagai berkata dua lelaki berusia 30 dan 50 tahun, ditahan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut.

Beliau berkata pergaduhan kira-kira 9 malam itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.

Tambahnya, seorang daripada mereka menerima empat jahitan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Usaha sedang dijalankan untuk mengesan individu lain yang terlibat, tambah beliau.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Pergaduhan Ketika DIBW 2023

The post Dua Lagi Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Insiden Pergaduhan DIBW appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*