Duduk Berdekatan, Penduduk Kongsi Keadaan Sebelum Dan Selepas Gunung Ruang Meletus

Keadaan Gunung Ruang Meletus

Duduk Berdekatan, Penduduk Kongsi Keadaan Sebelum Dan Selepas Gunung Ruang Meletus

Penduduk di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara semalam dikejutkan dengan letusan Gunung Ruang.

Keadaan bertambah buruk apabila lahar gunung berapi ‘tersembur’ keluar disertakan kilat yang seolah-olah ‘menyambar’ gunung itu.

Ia sekaligus mewujudkan suasana seram tak ubah seperti sebuah filem yang menayangkan babak seram.

Peristiwa tersebut telah menarik perhatian media dan salah seorang individu yang dipercayai penduduk berdekatan dengan kepulauan itu telah berkongsi kepada umum mengenai situasi sebelum dan selepas gunung berapi itu meletus dalam hantarannya di platform X @fritsachristy.

Gambar: X @fritsachristy

Salah satu gambar yang dikongsikannya memaparkan Gunung Berapi Ruang masih diselimuti tumbuh-tumbuhan hijau.

“Gambar pertama, saya ambil dari belakang rumah sewaktu Gunung Ruang masih baik,” tulisnya.

Tambahnya, dia memberitahu kali terakhir gunung berapi itu mengeluarkan lahar adalah sejak 22 tahun lalu.

“Ketika saya mendaki pada tahun 2019, kawahnya sudah banyak dilitupi tumbuhan hijau namun asapnya masih ada sedikit.

“Ia mungkin disebabkan 22 tahun tidak meletus dan tak pernah ada sebarang ‘ancaman’ menjadikan rumput di kawasan itu mula tumbuh,” tulisnya.

BACA: Isu Stoking: Mahkamah Batal Hukuman Dan Sabitan Terhadap Juruteknik Kerana Hina Islam 

Walau bagaimanapun, pada 16 April (Selasa), ia kembali meletus (letusan pertama) di Pulau Tagulandang sebelum letusan kedua yang dahsyat berlaku pada 17 April (semalam).

Dia turut mendakwa turut berlaku hujan batu susulan letusan berkenaan.

Detik-detik Gunung Berapi Ruang meletus

Keadaan Gunung Ruang Meletus
Gambar: X @fritsachristy
Keadaan Gunung Ruang Meletus
Gambar: X @fritsachristy
Gambar: X @fritsachristy

Dalam beberapa gambar lain turut mendedahkan keadaan gunung berapi itu tak ubah seperti satu malapetaka yang menyeramkan dengan cahaya api kemerahan menerangi ruang langit malam.

Bahkan abu akibat letusan itu juga dilihat bebas ke ruang udara.

Amaran tsunami dikeluarkan

Hari ini, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia mengeluarkan amaran potensi tsunami selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara yang meletus semalam.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan pantai di Pulau Tagulandang diingatkan untuk berjaga-jaga dan peka dengan sebarang amaran potensi tsunami yang dikeluarkan.

Menurut Kompas.com, ratusan warga yang menetap di Kepulauan Siau Tagulandang Biaro (Sitaro) juga telah dipindahkan ke pesisir timur Pulau Tagulandang yang dinilai lebih selamat ketika ini

Sumber: X @fritsachristy

The post Duduk Berdekatan, Penduduk Kongsi Keadaan Sebelum Dan Selepas Gunung Ruang Meletus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*