Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import

musang king vietnam

Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import

Harga sekilogram Durian Musang King yang ditanam di Vietnam kini berharga RM282 hingga RM338, 20 peratus lebih tinggi daripada harga import dalam varieti yang sama, lapor Vn Express.

Difahamkan, harga tersebut telah meningkat 10 peratus sejak setahun lalu.

Musang King yang berasal dari Malaysia dianggap sebagai durian terbaik di dunia.

Kini buah itu ditanam oleh petani Vietnam di Tanah Tinggi Tengah dan Delta Mekong.

Raja buah itu kerap dijual di pasaran tempatan dan pembeli perlu menunggu antara dua minggu sehingga sebulan untuk menerima stok mereka.

Pakar durian di Ho Chi Minh City, Oanh berkata isi durian Musang King wangi, lembut dan banyak.

Ujarnya, dia perlu membayar deposit sebulan awal untuk buah tersebut.

“Saya perlu membayar deposit sebulan awal untuk menerima buah yang digilai ramai itu,” katanya.

Sebuah kedai buah-buahan di Hanoi juga melaporkan bahawa ia baru sahaja menjual 10 biji Musang Kings yang belum dibuang kulitnya dengan harga RM131 sekilogram.

Pemilik kedai itu memaklumkan, Musang King yang dijual itu adalah buah yang gugur dan belum dihantar melalui udara serta kualitinya yang tinggi.

“Tidak kira berapa banyak yang kita ada, pelanggan membeli semuanya,” katanya.

BACA: Berjaya Tanam Sendiri, China Bakal Tuai 2,450 Tan Durian Jun Ini

Musang King kini tiada musim, permintaan meningkat

Kredit: Manh Khuong via Vn Express

Menjelaskan harga tinggi Musang King yang ditanam di Vietnam, pemborong Can Tho, Dang Manh Khuong berkata durian tersebut kini sudah tiada musim, jadi bekalan yang rendah menyebabkan permintaan meningkat.

“Saya hanya dapat mencari beberapa dozen (Musang Kings) untuk dibeli sehari,” ujarnya.

Hoa yang memiliki kira-kira 50 pokok Musang King di Can Tho berkata kebunnya hanya mempunyai beberapa pokok yang berbuah awal, jadi kebanyakan tanamannya tidak akan dituai sehingga Ogos.

Petani Vietnam di sini dilapor boleh menanam buah di luar musim, manakala pengeluar serantau tidak dapat melakukan perkara yang sama.

Selain kekurangan bekalan, menurut peniaga, varieti segar yang ditanam Vietnam mempunyai kos pengangkutan yang lebih tinggi.

Ia menjadikannya lebih sukar untuk dipelihara berbanding barangan beku (import).

Oleh hal yang demikian harganya menjadi lebih mahal.

“Pada bulan Julai atau Ogos, apabila buah ini dalam musim penuh, dan pengeluarannya tinggi, maka harga akan menurun secara perlahan,” ramal Khuong.

Sumber: Vn Express

The post Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*