Elon Musk Umum Bakal Lantik Wanita Sebagai CEO Baharu Twitter

elon ceo baharu twitter

Elon Musk Umum Bakal Lantik Wanita Sebagai CEO Baharu Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk dalam satu ciapannya memaklumkan akan melantik CEO baharu bagi menggantikan posisinya di Twitter.

Dalam tweetnya, Elon membayangkan CEO baharu berkenaan merupakan seorang wanita dan akan memulakan tugas kira-kira 6 minggu lagi.

Menurut laporan CNN, Elon berkata CEO itu akan menggalas jawatan sebagai ketua di syarikat induk Twitter yang dijenamakan sebagai X Corp. Elon bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci termasuk nama bakal penggantinya tersebut.

Manakala selepas menyerahkan jawatan tersebut, Elon akan memainkan peranan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal (CTO) di syarikat berkenaan.

Beliau juga akan memantau aktiviti pembangunan produk, perisian dan sistem operasi syarikat.

Terdahulu, pengurusan Twitter dilapor berada dalam keadaan ‘huru-hara’ sejak diambil alih dalam pembelian puluhan bilion dolar oleh Elon pada Oktober lepas.

Salah satu punca yang menjurus kepada situasi tersebut dikatakan berpunca daripada arahan serta polisis yang diterapkan olehnya selaku CEO. Beliau turut dikritik dan ramai yang mendesak beliau meletak jawatan atau melantik individu lain bagi mengetuai syarikat berkenaan.

Oleh itu, pada Disember lepas, Elon telah melakukan tinjauan melalui Twitter dan bertanya kepada pengikutnya sama ada beliau perlu melepaskan jawatan sebagai CEO Twitter. Beliau juga berikrar untuk mematuhi keputusan yang dicapai melalui tinjauan berkenaan.

Hasilnya, sebahagian besar pengikutnya mahukan Elon berundur daripada peranan berkenaan. Malah, pengikutnya juga menyarankan Elon melantik individu yang lebih berkelayakkan untuk menjadi penggantinya.

Pada Februari tahun ini, Elon mengulangi ikrarnya dan memaklumkan sedang merekrut calon CEO Twitter yang baharu.

Selain memiliki Twitter, Elon juga mempunyai kepentingan besar dalam pelbagai syarikat lain termasuk TESLA dan SpanceX.

Beliau turut berdepan tekanan daripada pemegang saham TESLA yang bimbang isu Twitter akan mengganggu fokusnya dan menyebabkan saham syarikat automatif itu terganggu.

Pemerhati bagaimanapun melihat Elon akan kekal berkuasa dalam X Corp biarpun tidak lagi bertanggungjawab sebagai CEO selepas ini. Menurut pemerhati, bilionaire itu mungkin tetap mempunyai pengaruh dalam kata putus syarikat di masa akan datang.

BACA: Dakwa Selalu Dimaki & Dipukul Bos, Viral Pengakuan Lelaki Tergamak Bunuh Majikan Sendiri

Sumber: CNN

The post Elon Musk Umum Bakal Lantik Wanita Sebagai CEO Baharu Twitter appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*