EPL: Kontrak Weghorst buat United sukar

MANCHESTER – Manchester United terpaksa meneruskan perbincangan bersama Burnley untuk mendapatkan kata sepakat mengenai perpindahan secara pinjaman penyerang, Wout Weghorst ke Old Trafford bulan ini.

Penyerang antarabangsa Belanda itu ketika ini sedang di­pinjamkan ke Besiktas di Liga Turki menyebabkan berlaku sedikit konflik apabila kelab itu mendakwa mereka berhak untuk mengekalkan penyerang ber­kenaan.

Pada aksi terakhir ketika menentang Kasimpasa, Sabtu lalu, Weghorst berjaya meledak gol kesembilan dalam 18 penampilannya bersama Besiktas dan pada penghujung aksi dia membuat lambaian terakhir kepada para peminat pasukan itu sebagai tanda selamat tinggal.

Besiktas mendakwa bahawa kontrak pinjaman pemain ber­kenaan hanya akan berakhir pada hujung musim nanti menyebabkan mereka enggan melepaskannya atau sekurang-kurangnya diberikan pampasan ekoran penamatan kontrak itu.

Situasi berkenaan menyebabkan gergasi Turki itu cuba memburu khidmat Vincent Aboubakar yang dilepaskan oleh Al Nassr selepas ketibaan Cristiano Ronaldo.

Weghorst mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris buat kali kedua selepas percubaan pertamanya dianggap gagal apabila sekadar meledak dua gol dalam 20 perlawanan apabila berpindah ke Turf Moore pada Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, masa depan Weghorst bersama Burnley mungkin tidak akan panjang apabila rakan-rakan sepasukan me­nuduhnya sebagai seorang pemain yang sombong. – AGENSI

The post EPL: Kontrak Weghorst buat United sukar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*