Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, Termasuk Lantikan Kontrak Terima Insentif RM2000

Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, Termasuk Lantikan Kontrak Terima Insentif RM2000

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Menerusi pembentangan berkenaan, banyak insentif-insentif khas diumumkan yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Antaranya insentif yang diumumkan sebentar tadi termasuklah pemberian khas kepada penjawat awam. Insentif berkenaan diberikan sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

”Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah,” katanya.

Penerima bayaran ini termasuklah penjawat awam lantikan kontrak.

Manakala, semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan
seluruh anggota beruniform pula akan menerima RM 1000.

Selain itu, semua pesara kerajaan juga akan menikmati bayaran insentif menerusi Belanjawan 2024 ini.

Menurut Perdana Menteri lagi, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencan akan menerima bayaran sebanyak RM 1000.

”Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” kata beliau.

Beliau pada masa yang sama turut menyarankan majikan swasta untuk mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja dengan mengambil kira cabaran sos sara hidup semasa.

”Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya lagi.

Sumber: Belanjawan 2024

The post Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, Termasuk Lantikan Kontrak Terima Insentif RM2000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*