FSA2 KWSP Bukan Cagaran Kepada Pihak Bank – Ahmad Maslan

FSA2 KWSP Ahmad Maslan

FSA2 KWSP Bukan Cagaran Kepada Pihak Bank – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan berbentuk cagaran oleh peminjam terhadap pihak bank, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pihak bank tidak boleh menggunakan simpanan peminjam KWSP sekiranya ahli atau peminjam gagal membayar ansuran pinjaman mereka.

“Cagaran maksudnya (pihak bank) mempunyai hak untuk menguatkuasakan cagaran apabila berlaku kegagalan daripada pihak peminjam, maksudnya jika pinjam RM5,000, tak bayar, serta-merta ambil RM5,000.

“Tetapi, FSA2 ini bukan cagaran, pemberi pinjaman iaitu bank tidak b0leh menggunakan simpanan KWSP sekiranya ahli gagal membayar ansuran pinjamannya.

“Ahli mempunyai hak untuk membuat pengeluaran apabila mencapai had umur 50 atau 55 tahun kerana ahli masih dilindungi di bawah Sekyen 51 Akta KWSP 1991,” katanya  ketika menggulung usul pengeluaran lanjutan KWSP di Dewan Negara, hari ini.

BACA JUGA: Mohon Mulai 7 April, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FSA2 KWSP

Terdahulu, usul bagi membahas pengeluaran lanjut KWSP dikemukakan Senator Datuk Razali Idris, mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Bagaimanapun, usul dibawa Razali yang telah dibahas oleh 12 ahli Dewan Negara ditolak.

Dalam pada itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP buat kali yang kelima kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Kalau kita hendak popular bagi sahaja (luluskan) semua pengeluaran, keluarkan sahaja RM5,500 atau RM3,300 sampai kosong tetapi kerajaan ini kerajaan bertanggungjawab sebab itulah kita tidak benarkan,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Sumber: BERNAMA

The post FSA2 KWSP Bukan Cagaran Kepada Pihak Bank – Ahmad Maslan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*