Gagal Bezakan Antara Manusia Dengan Kotak, Lelaki Maut Kena Lenyek Dengan Robot Dalam Kilang

Lelaki maut lenyek robot

Gagal Bezakan Antara Manusia Dengan Kotak, Lelaki Maut Kena Lenyek Dengan Robot Dalam Kilang

Seorang lelaki maut dilenyek oleh robot di Korea Selatan selepas ia gagal membezakannya dengan sekotak sayur, lapor Daily Mail.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan pekerja syarikat robotik berusia 40-an itu dikatakan sedang memeriksa sensor mesin tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku di pusat pengedaran hasil pertanian di Gyeongsang Selatan pada awal pagi Rabu lalu bersamaan dengan 8 November.

Difahamkan bahawa, mesin tersebut berfungsi untuk mengangkat kotak lada.

Bagaimanapun, mesin tersebut telah mencengkam lelaki itu pada bahagian lengannya dan terus mencampaknya ke arah conveyer belt sebelum melenyek muka dan dadanya.

Menurut Yonhap, mangsa kemudiannya dipindahkan ke hospital dan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Difahamkan, polis kini sedang melancarkan siasatan ke atas pengurus keselamatan tapak tersebut kerana kemungkinan terdapat kecuaian dalam tugas yang diberikan.

Seorang pegawai dari Kompleks Pertanian Eksport Donggoseong, iaitu pemilik kilang itu menggesa agar sistem ‘tepat dan keselamatan’ dapat diwujudkan selepas kejadian itu berlaku.

Mangsa dilaporkan dijadualkan untuk menjalankan ujian ke atas mesin itu, yang pada asalnya dirancang pada 6 November lepas.

Robot pernah mengalami masalah sensor dan ujian ke atasnya terpaksa ditunda

Bagaimanapun, mereka terpaksa menunda ujian itu kepada dua hari selepas mesin itu dikatakan mengalami masalah dengan sensor robotnya.

Pada bulan Mac, seorang lelaki Korea Selatan berusia 50-an mengalami kecederaan serius disebabkan robot ketika lelaki itu sedang bekerja di sebuah kilang pembuatan alat ganti kereta di Korea Selatan.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Pada Julai, sebuah rakaman menunjukkan robot pemain catur telah mematahkan jari kanak-kanak semasa pertandingan di Rusia telah tular di media sosial.

Robot itu dipercayai memegang jari budak lelaki berusia tujuh tahun itu ketika pertandingan Terbuka Moscow kerana keliru dengan pergerakan pantasnya.

Menurut Sergey Lazarev, naib presiden Persekutuan Catur Rusia berkata, kanak-kanak itu telah melanggar ‘peraturan keselamatan tertentu’ dengan membuat langkah terlalu awal.

BACA: Keunikan Tema Warna Hello Kitty, Pasangan Ini Dipuji Pandai Deko Rumah Nampak Kemas & Teratur 

Sumber: Daily Mail

The post Gagal Bezakan Antara Manusia Dengan Kotak, Lelaki Maut Kena Lenyek Dengan Robot Dalam Kilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*