Kesihatan Merosot Akibat Barah Lymphoma, Anjing Pengesan Bernama Blake Terpaksa Ditidurkan

blake barah lymphoma

Kesihatan Merosot Akibat Barah Lymphoma, Anjing Pengesan Bernama Blake Terpaksa Ditidurkan

Seekor Anjing Pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan terpaksa ditidurkan akibat menghidapi barah lymphoma.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi hantaran Facebook rasminya petang tadi.

Menurut kenyataan itu, Anjing Pengesan yang dikenali sebagai Blake telah ditidurkan pada 18 September lalu kira-kira jam 4.38 petang.

Kesihatan Blake dilaporkan merosot selepas didiagnos dengan penyakit tersebut pada 15 Ogos lalu.

“Anjing Pengesan dari disiplin Cadaver yang diberi nama Blake itu telah didiagnosis menghidapi barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos 2023 lalu dan telah dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, University Putra Malaysia (UPM) pada 14 September 2023 apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing tersebut,” tulis kenyataan itu.

Difahamkan, Blake telah gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh veterinar sepanjang ia berada di wad.

Malah, barah lymphoma yang dikesan pada Blake juga semakin agresif dan sudah membesar serta merebak sehingga ke seluruh badan.

Hasil perbincangan bersama pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman, mereka akhirnya bersetuju untuk menidurkan Blake ekoran tahap kesihatannya yang semakin merosot.

“Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman, pihak Jabatan telah bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Anjing Pengesan Blake.

“Kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut,” tulis muat naik KPKT.

Untuk makluman, Blake adalah merupakan anjing Pengesan dari baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom.

Blake mula menyertai JBPM pada tahun 2017 sehinggalah tahun terakhirnya.

Sebelum ini, Blake merupakan salah seekor daripada Anjing Pengesan yang terlibat dalam memberikan khidmatnya menerusi operasi yang dijalankan oleh JBPM.

Antara operasi yang disertai Blake adalah mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor.

Blake juga turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

“Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. Selamat jalan Blake,” akhiri KPKT.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Sumber: Facebook/Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

The post Kesihatan Merosot Akibat Barah Lymphoma, Anjing Pengesan Bernama Blake Terpaksa Ditidurkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*