Kanak-kanak Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa

Sembilan jam bertarung nyawa

Kanak-kanak Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa

Seorang kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Rakit, Sabah dilapor meninggal dunia selepas sembilan jam bertarung nyawa, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berusia 9 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kota Marudu pada jam 2 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa telah terlibat dalam sebuah kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Rakit pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal berkata bahawa kemalangan itu dilapor berlaku pada jam 4.55 petang.

Kemalangan membabitkan kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandu oleh seorang wanita berusia 48 tahun dengan lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 43 tahun.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori dari arah Kampung Talantang menuju ke Langkon dengan membawa muatan kelapa sawit.

“Manakala kenderaan pacuan empat roda pula dipandu dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan lori.

“Lori tersebut terpusing dan terbabas di kiri jalan dan pacuan empat roda terbalik di kanan jalan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sembilan orang dikejarkan ke hospital

Tambah Zairolnizal Ishak, seramai sembilan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dikejar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kesemua mangsa termasuk kedua-dua pemandu dan penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang juga merupakan anak pemandu kenderaan pacuan empat roda dilaporkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital,” katanya.

Menurut Zairolnizal lagi, hasil siasatan mendapati bahawa punca kemalangan berlaku akibat pemandu pacuan empat roda itu gagal mengawal kenderaannya.

Kereta yang dipandu oleh wanita tersebut dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan sebelum pertembungan tersebut berlaku.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-kanak Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*