Gempa Bumi Turkiye: Lionel Messi Ajak Pengikut Instagramnya Bantu Mangsa Terutama Kanak-kanak

messi ajak bantu mangsa gempa

Gempa Bumi Turkiye: Lionel Messi Ajak Pengikut Instagramnya Bantu Mangsa Terutama Kanak-kanak

ANKARA, 13 Feb (Bernama) — Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi pada Ahad mengajak  pengikut Instagramnya membantu UNICEF untuk membolehkan agensi itu menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak di Turkiye yang diterjejas akibat bencana gempa bumi, menurut Agensi Anadolu. Agency.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk beribu-ribu kanak-kanak dan keluarga mereka yang terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.

“Saya amat bersimpati. UNICEF bekerja di kawasan itu sejak awal lagi untuk melindungi kanak-kanak. Bantuan anda sangat berharga!,” tulis bintang berusia 35 tahun itu,

Messi sebelum ini mendermakan jersi Paris Saint-Germain yang ditandatanganinya untuk kempen yang dijalankan oleh pemain pertahanan Turkiye Merih Demiral yang melelong jersi itu bagi mengumpul dana bantu mangsa gempa bumi.

Lebih 29,600 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye minggu ini, menurut angka rasmi terkini.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada Isnin lalu yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Turkiye Keluar Waran Tangkap 130 Individu Terlibat Pembinaan Bangunan Musnah

Kredit: Kremlin/Epa via BBC

Terdahulu, pihak berkuasa Turkiye dilapor mengeluarkan waran tangkap ke atas 130 individu yang disyaki terlibat dalam pembinaan bangunan yang runtuh akibat gempa bumi minggu lepas.

Memetik Daily Sabah, pasukan penyelamat pada Ahad masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menyelamatkan mangsa yang masih hidup.

Jumlah kematian akibat gempa pada hari pertama meningkat kepada 24,600 dan kini mencecah kira-kira 80,000 termasuk yang masih lagi cedera.

Susulan itu, kerajaan berikrar untuk menyiasat secara menyeluruh bagi mencari suspek yang disyaki bertanggungjawab ke atas runtuhan bangunan.

Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay berkata setakat ini seramai 131 suspek telah dikenal pasti bertanggungjawab terhadap runtuhan yang melibatkan lebih 6,400 bangunan di 10 wilayah akibat gegaran itu.

“Perintah penahanan telah dikeluarkan untuk 113 daripada mereka.

“Kami akan mengemas kini mengenai perkara ini dengan teliti sehingga proses kehakiman yang diperlukan selesai.

“Terutamanya bagi bangunan yang mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kematian dan kecederaan,” katanya kepada pemberita.

Menteri Kehakiman Bekir Bozdag turut berikrar untuk menghukum sesiapa yang bertanggungjawab.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gempa Bumi: Turkiye Keluar Waran Tangkap 130 Individu Terlibat Pembinaan Bangunan Musnah

The post Gempa Bumi Turkiye: Lionel Messi Ajak Pengikut Instagramnya Bantu Mangsa Terutama Kanak-kanak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*