Guna Berus Gigi Lolos Dari Penjara, Dua Banduan Berjaya Dicekup Polis Ketika Leka Makan Penkek

banduan berus gigi

Guna Berus Gigi Lolos Dari Penjara, Dua Banduan Berjaya Dicekup Polis Ketika Leka Makan Penkek

Dua banduan warga Amerika yang dilaporkan melarikan diri dengan menggali dinding penjara menggunakan berus gigi berjaya ditahan beberapa jam kemudian ketika sedang leka menjamah ‘pancake’.

Memetik The Straits Times, kedua-dua banduan berusia 37 dan 43 tahun itu dilaporkan hilang dari Newport News Jail Annex, Virginia pada petang Isnin lalu.

Menurut syerif, banduan tersebut telah mengambil kesempatan ke atas dinding penjara yang mempunyai kerosakan itu untuk melarikan diri.

Mereka didakwa menggunakan sejenis alat yang diperbuat daripada berus gigi dan objek logam untuk menggali lubang di dinding sel penjara yang rosak tersebut.

Tambah laporan itu, mereka juga menggunakan palang penghalang untuk mengorek lubang pada dinding itu sebelum berjaya melarikan diri.

Walau bagaimanapun, kebebasan kedua-dua banduan itu tidak bertahan lama kerana mereka akhirnya berjaya ditangkap pada awal pagi Selasa lalu. Mereka ditangkap ketika sedang berada di sebuah restoran rangkaian pancake IHOP di bandar Hampton yang berdekatan.

Kenyataan yang diberikan oleh syerif walau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kedua banduan itu berada di dalam atau luar restoran ketika mereka ditangkap.

Berjaya ditangkap hasil maklumat daripada orang awam

“Saya berterima kasih kepada rakyat yang memberikan maklumat berkenaan keberadaan dua banduan di IHOP. Ia seperti moto yang sering kami gunakan, “lihat sesuatu, katakan sesuatu,” kata Syerif Gabe Morgan.

Seorang daripada banduan ditahan atas pertuduhan menghina mahkamah dan pelanggaran percubaan. Manakala seorang lagi terlibat dalam penipuan dan pemalsuan kad kredit, kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Syerif tidak mendedahkan bagaimana cara dua lelaki tersebut mengorek dinding telah rosak tersebut untuk melarikan diri.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

“Disebabkan kelemahan ini yang wujud di kemudahan penjara, kami akan memastikan dan mengenal pasti kemudahan yang rosak. Kami tidak akan mengulas lanjut mengenai ini atas sebab keselamatan,” kata kenyataan itu dipetik dari AFP.

Sumber: The Straights Times

The post Guna Berus Gigi Lolos Dari Penjara, Dua Banduan Berjaya Dicekup Polis Ketika Leka Makan Penkek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*