Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda 11 negeri ketika ini dan dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook.

Katanya, cuaca buruk itu tertumpu sekitar utara Semenanjung merangkumi seluruh negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Sementara itu, di Pahang, antara kawasan yang berisiko dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin serta sebahagian daerah sekitar Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

“Cuaca buruk yang sama turut dilaporkan melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka termasuk Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah).

“Tiga daerah di Johor iaitu Kluang, Mersing dan Kota Tinggi juga berisiko dilanda hujan lebat hingga ke malam,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca di Sabah, hujan lebat dilihat tertumpu sekitar Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat ketika ini. – KOSMO! ONLINE.

The post Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*