Ngeri, Ahli Akrobatik China Maut Terjatuh Ketika Persembahan

ahli akrobatik china maut

Ngeri, Ahli Akrobatik China Maut Terjatuh Ketika Persembahan

Seorang ahli akrobatik China maut selepas terjatuh ketika membuat persembahan trapez pada Sabtu lalu, lapor BBC.

Wanita yang bernama Sun itu dilaporkan terjatuh semasa persembahan trapez terbang di bandar Suzhou di wilayah Anhui tengah.

Rakaman yang dikongsi dalam talian menunjukkan mangsa telah terjatuh ke atas pentas selepas aksi rutin yang dilakukan  bersama pasangan akrobatiknya, yang juga suaminya gagal.

Kredit YouTube

Sun terjatuh dari paras ketinggian yang merbahaya selepas pasangannya gagal menangkapnya dengan menggunakan kaki semasa aksi tersebut dilakukan.

Kredit YouTube

Nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan

Dia kemudiannya dibawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan bahawa nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Laman web berita popular The Paper melaporkan bahawa wanita itu meninggalkan dua orang anak.

Pegawai penyiasat juga berkata bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap kejadian malang tersebut.

Menurut The Paper, Sun dan suaminya yang bernama Zhang telah bekerja bersama-sama selama bertahun-tahun. Mereka sering membuat persembahan tanpa menggunakan tali pinggang keselamatan demi kelihatan bergaya.

Rakaman itu menggemparkan rakyat China dan beberapa daripadanya menyuarakan kebimbangan merka tentang langkah keselamatan industri yang longgar.

Beberapa pengguna di rangkaian sosial Weibo turut menyatakan bahawa mereka pernah melihat persembahan serupa di negara tersebut tanpa sebarang peralatan kecemasan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Insiden itu turut mendapat perdebatan penting dalam media di mana siapa yang harus dipersalahkan dalam kejadian tersebut.

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan tempatan mengatakan bahawa kumpulan persembahan di sebalik aksi itu tidak mendapat kelulusan.

Aksi itu tidak mendapat kelulusan serta segala kemalangan yang melibatkan aksi itu ditanggung sendiri oleh mereka yang terlibat.

The Paper berkongsi rakaman arkib pasangan itu, yang sering dilihat melakukan aksi di kedudukan yang tinggi dan hanya bergantung pada kekuatan masing-masing.

Keputusan untuk tidak menggunakan tali pinggang keselamatan bermula daripada bekerja dalam industri yang sangat berdaya saing. Mereka akan mendapat lebih banyak wang dengan melakukan aksi yang berisiko tinggi.

Sumber: BBC

The post Ngeri, Ahli Akrobatik China Maut Terjatuh Ketika Persembahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*