Hanya Bertahan 2 Tahun, Nenek Berusia 83 Tahun Umum Cerai Dengan Suami Muda

Nenek berusia 83 tahun cerai

Hanya Bertahan 2 Tahun, Nenek Berusia 83 Tahun Umum Cerai Dengan Suami Muda

Seorang pesara wanita yang pernah menggemparkan Britain dengan berkahwin bersama seorang lelaki muda mendedahkan bahawa dia telah berpisah dengan pasangannya itu, lapor Daily Mail.

Nenek berusia 83 tahun itu merupakan bekas tukang cuci dari Weston-super-Mare di Somerset. Dia telah bertemu dengan seorang lelaki berusia 37 tahun dari Kaherah, Mesir di Facebook pada musim panas 2019 yang lalu.

Pasangan yang sedang hangat bercinta itu kemudiannya disatukan pada November 2020 yang lalu.

Bagaimanapun, nenek yang menjadi bualan hangat berkenaan kehidupannya selepas berkahwin dengan lelaki muda itu akhirnya mengumumkan perpisahan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh nenek berkenaan selepas dua tahun bergelar isteri kepada suami mudanya.

Dia memberitahu pemberita: “Saya menyukai segala-galanya tentang dia. Tetapi ia menjadi sesuatu yang sukar. Kami akhirnya bertengkar sepanjang masa tentang segala-galanya.

“Saya tidak boleh teruskan itu lagi. Saya bukan remaja yang mabuk untuk bercinta. Saya berusia 83 tahun,” kata wanita itu.

Sebaliknya, kini wanita itu lebih gembira dengan kehidupannya bersama kucing baharunya.

“Saya menemui kucing itu selepas beberapa hari berpisah dan kucing itu adalah teman yang sempurna. Dia sangat gembira di sini dan tidak membuat kekacauan. Saya tidak merindukan bekas suami saya,” tambah wanita itu lagi.

Sebelum ini, pasangan itu pernah menjadi tajuk utama berita selepas wanita tersebut memberikan kenyataan berkenaan kehidupannya selepas berkahwin.

Kisah pasangan itu telah berjaya mengumpulkan ramai peminat di seluruh dunia. Malah ikatan antara bekas pembersih dan suami mileniumnya sentiasa menyebabkan peminat bergaduh.

BACA: “Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN 

Selepas perkahwinan pasangan itu, mereka menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa lelaki itu bersama nenek tersebut hanya untuk mendapatkan pasport.

Perkahwinan itu telah menyebabkan lelaki itu diberikan visa selama tiga tahun pada 2021 yang lalu.

Dalam penampilan pasangan itu di This Morning pada 2020, lelaki itu menjelaskan bahawa mereka yang meragui hubungannya bersama isterinya boleh pergi jahanam.

“Cinta itu tidak mengenal perbezaan antara umur atau negara. Dia pilih saya dan saya memilih dia.

“Saya ingin katakan kepada semua orang yang menyerang cinta kami bahawa itu bukan urusan anda. Fokus pada hidup anda. Itu sahaja,” kata lelaki itu kepada hos rancangan temu bual tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post Hanya Bertahan 2 Tahun, Nenek Berusia 83 Tahun Umum Cerai Dengan Suami Muda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*