Hempas Kerusi, Pelajar Didakwa Rosak Harta Benda Sekolah

Pelajar Rosak Harta Benda Sekolah

Hempas Kerusi, Pelajar Didakwa Rosak Harta Benda Sekolah

Tular di media sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan aksi pelajar yang didakwa merosakkan harta benda milik sekolah.

Berdasarkan video tular tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar melakukan aksi merosakkan kemudahan seperti kerusi dan kipas di dalam sebuah kelas.

Selain itu, papan maklumat yang berada di belakang kelas juga habis dirosakkan oleh sekumpulan pelajar terbabit.

Menerusi perkongsian video yang kedua, dapat dilihat aksi beberapa pelajar telah merosakkan pula pintu tandas di sekolah terbabit.

Melalui perkongsian itu lagi, video tersebut dipercayai dirakam semasa hari terakhir persekolahan bagi sesi akademik tahun 2022 pada semalam bersamaan dengan hari Jumaat.

Tidak tahu bila kejadian pelajar rosak harta benda sekolah berlaku

Kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah sekolah di utara tanah air, bagaimanapun maklumat sahih bila kejadian itu berlaku dan dirakam tidak diketahui.

Perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata meninggalkan komen yang menegur perbuatan tersebut yang dianggap sebagai vandalisme.

“Minta pelajar yang mana ambil bahagian sapu bersih satu sekolah sekali cuci tandas dan pihak ibu bapa bayar segala ganti rugi,” tulis seorang warganet berkenaan video tersebut.

“Saya tak sokong mereka didakwa. Minta ganti rugi dulu, duit masuk sekolah, bukan hasil mahkamah. Tindakan boleh diambil kemudian,” tulis seorang lagi warganet yang memberikan cadangan.

“Minta pihak sekolah panggil ibu bapa pelajar ganti balik semua kerusi dan kipas yang di rosakkan. Budaya tak bertamadun. Buat laporan polis untuk semua pelajar ini bagi pengajaran sedikit,” tulis seorang lagi warganet berkenaan perkongsiaan video tersebut.

Selain komen yang meminta pelajar tersebut dipertanggungjawabkan, ada yang sempat memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar terbabit.

“Adik..lastday memang seronok. Habis sekolahlah katakan. Lepastu menuju ke alam dewasa. Nanti macam-macam ujian kena tempuh. Dulu abang masa sekolah tiada pun buat rosak harta benda macam ini adik. Allahu.semoga ibu bapa pantau anak-anak agar jadi orang disyangi oleh masyarakat,” tulis seorang warganet yang sempat memberikan nasihat.

Terdahulu, cuti sekolah yang bermula pada 18 Februari merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan untuk kalendar akademik 2022. Sesi akademik 2023 pula bakal bermula pada 13 Mac pada bulan hadapan.

BACA: Lelaki Ditemui Hidup Dalam Runtuhan Selepas 12 Hari

Sumber: Facebook

The post Hempas Kerusi, Pelajar Didakwa Rosak Harta Benda Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*