IBM Umum Bakal Henti Ambil Pekerja Boleh Diganti Dengan AI

IBM henti pekerja AI

IBM Umum Bakal Henti Ambil Pekerja Boleh Diganti Dengan AI

Ketua Pegawai Eksekutif IBM Corp, Arvind Krishna berkata, pihaknya akan menghentikan sementara pengambilan kerja yang boleh digantikan dengan dengan kecerdasan buatan (AI) pada masa akan datang.

Pengambilan di posisi Bahagian Sumber Manusia (HR) akan digantung atau diperlahankan, kata Krishna dalam satu temu bual. Peranan yang tidak memerlukan mereka bertemu dengan pelanggan ini melibatkan kira-kira 26,000 pekerja.

”Saya dapat melihat dengan mudah 30% daripada jumlah tersebut akan digantikan dengan AI dan automasi dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

IBM umum akan henti pengambilan pekerja boleh diganti AI

Jumlah berkenaan menyamai kira-kira 7,800 pekerja IBM yang mungkin akan kehilangan pekerjaan mereka pada masa hadapan. AI juga mungkin akan mengisi jawatan-jawatan kosong yang belum diisi, berpunca daripada peletakan jawatan, persaraan dan kematian, kata jurucakap IBM.

Pengumuman yang dibuat oleh CEO IBM itu menyaksikan kali pertama sebuah syarikat teknologi gergasi mengumumkan strategi perniagaan ditengah perkembangan AI.

Tugas-tugas seperti membekalkan surat pengesahan kepada staf dan menyusun atur jadual penggiliran tugas antara jabatan juga mungkin dibuat secara automasi, kata Krishna lagi.

Beberapa tugas HR bagaimanapun mungkin tidak akan digantikan oleh HR untuk tempoh beberapa dekad akan datang. Menurut Krishna, antara tugas tersebut seperti penilaian komposisi dan produktiviti tenaga kerja.

IBM miliki kira-kira 260,000 pekerja di seluruh dunia

IBM ketika ini menggaji sekitar 260,000 pekerja dan memberi tumpuan menambah tenaga kerja bahari di bahagian pembangunan perisian dan peranan memerlukan pekerja bertemu pelanggan.

Awal tahun ini, IBM mengumumkan pengurangan sehingga 5,000 tenaga kerja. Namun begitu, dalam tempoh suku pertama 2023, IBM turut mengambil kira-kira 7,000 pekerja baharu.

AI merupakan kecerdasan yang dimiliki oleh sesuatu sistem pengaturcara dan mampu melaksanakan tugas atau fungsi mirip yang dijana fikiran manusia.

Teknologi itu menarik perhatian pengguna apabila mampu menggantikan tenaga kerja dibahagian khidmat pelanggan, menulis teks dan menghasilkan kod aturcara. Banyak pihak melihat kemajuan yang dicapai dalam teknologi AI boleh mengganggu pasaran tenaga buruh di masa akan datang.

BACA: Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Kejuaraan EPL

Sumber: Bloomberg

The post IBM Umum Bakal Henti Ambil Pekerja Boleh Diganti Dengan AI appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*