Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit

Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit

Pelukan merupakan satu bahasa badan yang universal bagi melambangkan kasih sayang. Biasanya, pelukan diberikan ketika kita gembira atau pun memujuk rakan kita yang berada dalam kesedihan.

Menurut BBC, pelukan terbukti dapat memberikan manfaat kepada kesihatan. Perbuatan ini dapat memberikan peningkatan ketara terhadap tahap hormon oxytocin serta mengurangkan tekanan darah.

Akan tetapi, tindakan ini jarang dilakukan dalam khalayak ramai. Mungkin ia dianggap sebagai memalukan.

Boleh jadi, disebabkan faktor masyarakat kita yang tinggal dalam suasana konservatif, segala perbuatan yang melambangkan kasih sayang tidak ditayangkan secara umum.

Sungguhpun begitu, lelaki jugalah antara manusia yang pernah memegang rekod pelukan paling banyak dalam masa seminit.

Baru-baru ini, Guinness World Record (WCR) telah berkongsi satu video throwback sempena hari Valentine yang memaparkan rekod pelukan terbanyak.

Ia ditujukan bagi sesiapa yang tidak mendapat sebarang layanan romantik semasa hari tersebut. Video tersebut amatlah kelakar sehingga mampu mengubati hati orang ‘single‘ yang menontonnya.

Difahamkan, Krishna Kumar telah memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi pelukan terbanyak diberikan terhadap seseorang individu dalam masa seminit.

Warga India ini telah membuat pelukan terhadap 79 murid di sebuah sekolah di India. Walaupun ia agak kelihatan lucu, namun Kumar nekad untuk menjadi insan yang membuat pelukan terbanyak di dunia.

Kumar berjaya memeluk 83 daripada 88 pelajar yang berbaris untuk rekodnya. Namun, empat daripadanya tiidak diterima pihak Guinness kerana ia kelihatan lebih ke arah ‘headlock‘, bukannya pelukan.

Katanya, kedua-dua tangan pemeluk perlu melingkari badan individu yang dipeluknya untuk dikira sebagai satu pelukan, jelas Guinness.

Sungguhpun beberapa pelukan tidak diterima, Kumar berjaya mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang warga Australia, Carrie Bickmore.

Bickmore berjaya membuat 77 pelukan pada 2014 di Hospital Kanak-kanak Sydney.

Rekod pelukan Kumar diatasi warga Jepun tiga tahun kemudian

Tiga tahun kemudian, rekod Kumar berjaya dipecahkan oleh warga Jepun, Satoru Shibata dengan 87 pelukan dalam masa seminit.

Rekod tersebut dilakukan ketika festival makanan dan hiburan di Yokohama pada 16 Jun 2019.

Percubaan untuk memecahkan rekod tersebut berjaya direkodkan menerusi sesi rakaman radio secara langsung.

BACA: “Dakapan Erat Membawa Mudarat”, Lelaki Disaman Rakan Sekerja, Peluk Kuat Sangat Sampai Tulang Rusuk Patah

Sumber: Today & Guinness World Record

The post Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*