Jangan Sembur Racun Nanti Lagi Teruk, Buat Cara Ni Untuk Singkir Anai-anai

sembur racun cara hilangkan anai-anai

Jangan Sembur Racun Nanti Lagi Teruk, Buat Cara Ni Untuk Singkir Anai-anai

Rumah kayu memang cantik tetapi rumah jenis ini ada musuh ketatnya yang dikenali sebagai anai-anai.

Anai-anai dikatakan gemar dengan alpha selulosa, iaitu kandungan yang ada pada kayu dan kertas. Apabila produk kayu dimakan anai-anai, maka wujudlah kesan art berat tidak diingini pada produk tersebut.

Antara kaedah klasik yang digunakan untuk menyingkirkan anai-anai dengan cara menggunakan penyembur racun serangga.

Kaedah ini dilihat berkesan terhadap beberapa serangga yang sering ditemui di dalam rumah seperti semut, lipas dan sebagainya.

Namun, bagaimana pula dengan anai-anai? Secara teknikalnya, anai-anak akan mati apabila disembur dengan racun serangga perosak.

Namun begitu, cara tersebut bukanlah cara yang efektif untuk membasmi kehadiran anai-anai di dalam rumah anda.

Sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh Skill Termite My (@skilltermitemy) menjelaskan mengapa kita tidak boleh menyembur racun serangga kepada anai-anai secara sewenang-wenangnya.

“Jika laluannya diganggu, anai-anai akan pergi ke tempat lain dan membina koloni baharu,” ujarnya.

Dengan erti kata lain, kesan kerosakan yang dibuat anai-anai akan menjadi lebih besar kerana haiwan ini akan membuat laluan baharu untuk koloninya.

Maka, tindakan klasik dengan menyemburkan racun serangga ini tidak menghapuskan koloni anai-anai secara keseluruhan malah menambahkan lagi kesan kerosakan pada rumah anda.

Anai-anai yang telah disembur dengan racun serangga memang akan mati, tetapi disebalik struktur rumah, mungkin terdapat beribu-ribu anai-anai yang masih hidup, tidak termasuk telur-telurnya lagi.

Apabila labih banyak laluan yang ‘dibuka’ anai-anai, semakin besar kerosakan dan semakin sukar untuk menghapuskan anai-anai dari rumah.

Kalau tak boleh sembur racun, apa cara yang betul untuk hilangkan  anai-anai?

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk membasmi anai-anai daripada rumah kita? Menurut Skill Termite My, cara untuk menghapuskan koloni anai-anai ini dengan menghapuskan ratu anai-anai yang berada di bawah tanah.

Ratu anai-anai boleh dihapuskan sama ada dengan kaedah manual iaitu cari sampai dapat ataupun dengan menggunakan kotak umpan anai-anai (termites baiting system).

“Tujuan umpan anai-anai ini, untuk menarik mereka ke sumber makanan yang mengandungi alpha selulosa yang sangat disukai anai-anai,” katanya lagi.

Anai-anai akan mencari jalan untuk masuk dan makan umpan yang diletakan di dalam kota berkenaan.

Selain itu, anai-anai ini juga akan membawa umpan berkenaan ke dalam sarangnya untuk diberikan kepada anai-anai lain, termasuklah ratu.

Secara tidak sedar, keseluruhan koloni telah memakan umpan yang beracun dan koloni anai-anai akan mulai lumpuh.

“Proses penyingkiran mungkin memerlukan kira-kira dua hingga 12 minggu bergantung kepada saiz koloni, kebiasaannya antara enam hingga lapan minggu,” jelas video itu lagi.

@skilltermitemy

Jangan Buat Benda Ni Kalau Ada Anai-Anai! Objektif atau tujuan umpan anai-anai ini, untuk menarik mereka ke sumber makanan yang mengandungi alpha selulosa yang sangat disukai anai-anai. Mereka akan mencari jalan masuk ke stesen pengumpanan ini untuk mencari sumber makanan ini . Apabila anai-anai mula makan umpan ini mereka memang tidak dapat menahan dari terkena racun. Makanan atau umpan yang disediakan ini mengandungi toksik yang boleh membunuh anai-anai dan koloninya. Cara ia berfungsi, anai-anai akan makan dan membawa ke koloni ia akan berkongsi makanan melalui proses yang disebut trophallaxis. Tanpa ia sedari racun sudah berjangkit dan merebak, lalu mematikan koloni anai-anai. Proses penyingkiran mungkin memerlukan kira-kira 2 hingga 12 minggu bergantung kepada saiz koloni, kebiasanya antara 6 hingga 8 minggu. #skilltermite #pestcontrolmalaysia #termitebaitingsystem #termite #anaianai

♬ original sound – Skill Termite MY – Skill Termite MY

BACA: “Art Berat”, Seni Ukiran Rumah Kayu Ini Lain Macam & Ada Yang Meremang

Semoga bermanfaat.

Sumber: @skilltermitemy via TikTok

The post Jangan Sembur Racun Nanti Lagi Teruk, Buat Cara Ni Untuk Singkir Anai-anai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*