Misteri Kehilangan Terjawab, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Kebun

mayat warga emas

Misteri Kehilangan Terjawab, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Kebun

GERIK — Mayat seorang warga emas ditemukan reput di kawasan kebun pisang berhampiran Kampung Lawin semalam, lapor Sinar Harian.

Kehilangan lelaki berusia 75 tahun itu selama tiga hari akhirnya terjawab apabila orang awam menemukannya sebelum membuat aduan pada pihak polis kira-kira jam 10.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, anak mangsa menyedari kehilangan warga emas itu selepas tiga hari gagal dihubungi.

Tambahnya, usaha mencari lelaki itu dilakukan oleh anak mangsa yang meminta bantuan bapa mentua untuk mencari di rumah. Bagaimanapun, mangsa gagal dikesan di situ.

“Semasa dalam perjalanan pulang, lelaki itu telah ternampak sehelai kain tuala di kebun pisang dan menghampiri untuk pemeriksaan.

“Sebaik berada hampir, lelaki berusia 40 tahun tersebut ternampak mangsa dalam keadaan tertiarap dan mengesyakinya telah meninggal dunia,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Kata Zulkifli lagi, disebabkan mayat mangsa yang sudah mereput, hasil proses bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Gerik tidak mengetahui punca sebenar kematian.

Selain itu, hasil siasatan lanjut yang dilakukan, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” jelasnya.

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Reput Di Tasik Bukit Merah

Sebelum ini, mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di Tasik Bukit Merah di Bagan Serai pada Mei lalu, lapor Bernama.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung dengan keadaan mayat sudah menggelembung dan mereput.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat mempunyai tatu pada lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan ‘ushra’ di lengan kanan mayat.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

The post Misteri Kehilangan Terjawab, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Kebun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*