Israel Beri Amaran Kepada 24 Hospital Di Gaza Supaya Berpindah – Kementerian Kesihatan Palestin

israel hospital gaza

Israel Beri Amaran Kepada 24 Hospital Di Gaza Supaya Berpindah – Kementerian Kesihatan Palestin

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Israel  telah mengeluarkan amaran supaya 24 hospital di Gaza termasuk hospital Al-Shifa dikosongkan, lapor agensi berita Al Arabiya.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa tiga hospital di Gaza kini sudah tidak mampu menyediakan rawatan dan bantuan perubatan.

Manakala sebanyak 25 hospital lagi dilaporkan telah mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila memberi amaran tentang keruntuhan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.

Keruntuhan itu dikatakan berlaku selepas konflik yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Konflik tersebut difahamkan telah menyebabkan ramai orang awam terkorban dan mengalami kecederaan.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Justeru, beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan bersatu padu bagi menghentikan konflik itu.

Sumber: ROYA News, Alarabiya, Jordan Tv

The post Israel Beri Amaran Kepada 24 Hospital Di Gaza Supaya Berpindah – Kementerian Kesihatan Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*