Isteri, kekasih gelap cekik suami hingga mati

NEW DEHI – Polis India menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana terlibat dalam kes pembunuhan suami suspek, lapor laman berita Bangalore Mirror semalam.

Mangsa, Anjaneya, 35, dibunuh enam bulan lalu di sebuah kawasan kejiranan, Nandini Layout, di barat Bangalore.

Suspek yang dikenali sebagai Anita sebelum ini memberi kenyataan kepada polis bahawa suaminya sakit lalu meninggal dunia.

Bagaimanapun, enam bulan selepas insiden tersebut, anak-anaknya yang menyaksikan pembunuhan itu memberitahu nenek mereka mengenai perbuatan ibu mereka.

Menurut kanak-kanak berkenaan, bapa mereka, yang tidur selepas mabuk dicekik hingga mati oleh ibu mereka dan seorang lelaki.

Nenek kanak-kanak itu kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis yang seterusnya membawa kepada penahanan Anita dan kekasihnya, Rakesh. – Agensi 

 

The post Isteri, kekasih gelap cekik suami hingga mati appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*