Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang Jangka Dibuka Disember Tahun Ini

Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang

Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang Jangka Dibuka Disember Tahun Ini

BALIK PULAU, 27 Julai (Bernama) — Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, di sini, dijangka buka pada Disember tahun ini susulan kejadian tanah runtuh pada Seksyen 45.40 dan 46.80 jalan itu, yang berlaku awal bulan ini.

Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja pembaikan cerun kekal di laluan FT006 Seksyen 45.4 dan 46.8 bermula hari ini, dengan menggunakan kaedah tie-back wall dengan kos keseluruhan penyelenggeraan sebanyak RM1.799 juta.

“Arahan Kerja telah diserahkan kepada kontraktor penyelenggaraan cerun, agar diselesaikan dengan segera dan sudah sedia maklum laluan ini penting sebagai penghubung kawasan, lokasi industri pelancongan dan juga kebun durian,” katanya kepada media selepas membuat lawatan kerja di sini hari ini.

Beliau berkata antara cabaran dalam melakukan kerja pembaikan dan penyenggaraan jalan tersebut ialah struktur kawasan bercerun dan faktor cuaca, tetapi kontraktor mempunyai kemahiran bagi melaksankan pembaikan dengan selamat.

BACA JUGA: Laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Di KM66.1 Terhalang Akibat Tanah Mendap

“Kejadian ini berlaku kerana hujan lebat yang berterusan dan luar biasa, jadi kontraktor ini harus berhati-hati dalam tempoh pembaikan laluan itu,” katanya.

Sebelum ini, pada 1 Julai laluan FT006 Seksyen 45.40 dan 46.80 telah berlaku bencana kegagalan cerun dan pihak JKR mengambil langkah-langkah segera iaitu meliputi kerja pemasangan kanvas, pemasangan peralatan pengurusan trafik dan pengumpulan data.

Bagaimanapun, laluan tersebut ditutup sepenuhnya pada 14 Julai selepas laporan runtuhan susulan di laluan Seksyen 46.80 pada 10 Julai.

Sumber: BERNAMA

The post Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang Jangka Dibuka Disember Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*