Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

trip a b odometer

Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

Sebuah kereta yang dibeli biasanya disertakan dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri. Semua fungsi-fungsi ini sebenarnya mempunyai maafaat yang tersendiri kepada pemandu, ketika memandu, biarpun jarang digunakan.

Sebagai contoh, odometer dan speedometer yang dipasangkan pada kenderaan memaparkan pelbagai maklumat kepada pengguna. Selain untuk mengukur kelajuan dan jarak perbatuan, maklumat seperti jumlah bahan bakar dan sebagainya turut disertakan bersama.

Mungkin ramai yang tidak kisah ataupun tak pernah tahu, pada alat ini pemandu juga sebenarnya boleh mengakses maklumat Trip A dan Trip B.

Maksud Trip A dan Trip B pada meter kereta

Jika odometer menunjukkan maklumat perbatuan manakala speedometer pula mengukur kelajuan, Trip A dan Trip B juga mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Trip A dan Trip B ini? Apa pula maklumat yang boleh diakses oleh pemandu dan bagaimana pemandu hendak menggunakan maklumat daripada Trip A dan Trip B ini?

Jadi kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai Trip A dan Trip B yang ramai tak tahu ada pada kenderaan masing-masing.

Secara umumnya, Trip A dan Trip B boleh digunakan untuk membantu anda mendapatkan maklumat jarak yang ditempuhi kenderaan anda dalam satu tempoh masa.

Apa maksud ‘Trip A’ pada kereta?

Pada odometer kereta anda, Trip A biasanya akan memaparkan maklumat jarak perjalanan dalam tempoh jangka pendek.

Misalnya, Trip A boleh digunakan untuk mengukur jarak yang dilalui atau ditempuhi bagi setiap isian minyak hingga isian minyak seterusnya.

Dengan maklumat ini, anda dapat membuat anggaran berapa jauh kereta anda boleh bergerak dengan satu isian minyak. Maklumat ini juga boleh membantu anda membuat pengurusan penggunaan minyak yang munasabah.

Untuk memastikan maklumat diperolehi daripada Trip A tepat, anda disarankan untuk reset trip ini setiap kali selepas mengisi minyak.

Jadi, ia memudahkan anda mendapatkan maklumat jarak yang ditempuhi sehingga kenderaan perlu diisi minyak sekali lagi.

Bagaimanapun, fungsi Trip A ini tidak terhad. Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk mengukur tahap penjimatan minyak sesuatu jenama.

Misalnya, untuk isian semasa, anda menggunakan minyak jenama A dan mengukur jarak yang mampu ditempuhi kenderaan. Pada isian minyak seterusnya, anda menggunakan minyak jenama B dan mengukur maklumat yang sama.

Catat kedua-dua maklumat tersebut sebelum reset dan anda boleh menentukan minyak jenama mana yang lebih menjimatkan.

Apa maksud Trip B pula?

Cara Trip B ‘bekerja’ mirip dengan cara Trip A ‘bekerja’, cumanya maklumat jarap pada Trip B bersifat ‘bebas’ dan tidak akan terganggu ketika maklumat Trip A ditetapkan semula.

Umumnya, Trip B adalah alternatif kepada untuk anda mengukur maklumat jarak dalam tempoh tertentu. Misalnya, jika anda ingin mengukur tempoh sebulan, anda hanya perlu reset Trip B setiap bulan untuk mendapatkan maklumat berkenaan.

Bagainama nak reset Trip A dan Trip B? Mudah sahaja, pilih trip sama ada Trip A atau Trip B, kemudian tekan butang yang digunakan untuk memilih trip tersebut sehingga maklumat pada trip berubah menjadi 0.

Sungguhpun begitu, tidak semua kenderaan didatangkan dengan fitur ‘Trip A’ dan ‘Trip B’. Ada segelintir pemandu yang telah melaraskan kedua-dua  fungsi ini mengikut keselesaan masing-masing.

Segelintir pengguna meletakkan Trip A, sebagai jarak yang dilalui oleh pemandu dan Trip B pula digunakan untuk mengukur jarak yang dilalui pemandu yang lain.

Tetapan ini biasanya digunakan oleh pengusaha kereta sewa bagi memantau jarak yang dilalui oleh pelanggannya.

Secara ringkasnya, Trip A biasanya digunakan untuk mengukur jarak tempuh bagi setiap isian. Manakala, Trip B digunakan untuk merekod jarak yang ditempuh sepanjang kenderaan tersebut menyusuri jalan raya.

Selain tetapan di atas, pemandu juga boleh  melaraskan Trip A dan B mengikut keselasaan dan situasi semasa.

BACA: Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Sumber: Mechanic Ask

The post Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*