Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di Petronas – Johari

jual semula minyak masak

Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di Petronas – Johari

Minyak masak merupakan antara bahan penting  yang wajib ada di dapur rumah  dalam memasak.

Hampir keseluruhan makanan menggunakan minyak dalam menggoreng, menumis dan sebagainya.

Namun, apa jadi dengan lebihan minyak yang digunakan selepas memasak? Kebiasaannya, masyarakat akan membuang minyak yang tidak boleh digunakan lagi.

Tahukah anda, sebenarnya minyak masak boleh dikitar semula? Paling menguntungkan adalah anda boleh mendapat wang apabila mengitar semula bahan tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan minyak masak yang tidak lagi digunakan akan dibeli semula oleh Syarikat Minyak, Petronas Dagangan Berhad dengan harga RM3 bersamaan 1 kilogram (kg).

Beliau dalam satu hantaran di platform X memaklumkan bahawa ia merupakan inisiatif kementerian itu bersama Petronas di bawah Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai tahun ini.

Gambar: X @joharighani

“Minyak masak terpakai jangan buang, Petronas Dagangan Berhad beli semula RM3 = 1KG.

“Inisiatif Kementerian @MyKomoditi bersama @Petronas Dagangan Berhad menyasarkan pengumpulan 300,000 kilogram bagi Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai tahun ini,” katanya.

Untuk pengetahuan ramai, kementerian bersama Petronas akan meluaskan program tersebut di lima bazar ramadan yang terpilih.

Antara bazar yang melaksanakan program tersebut ialah bazar ramadan Desa Pandan, bazar ramadan USJ4, bazar ramadan Bandar Kinrara, bazar ramadan Puchong Prima dan bazar ramadan Puncak Jalil (PUJ3).

BACA: “Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal

Pun begitu, Johari berkata minyak masak terpakai juga boleh dihantar ke stesen 50 stesen Petronas berhampiran untuk menjualnya.

“Pengumpulan minyak masak terpakai ini bertujuan untuk langkah proaktif dalam persediaan mengkomersilkan biobahan api penerbangan lestari atau Sustainable Aviation Fuel (SAF) bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas emissions) di sektor penerbangan.

“Jadi kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan dan orang ramai yang mempunyai minyak masak terpakai, boleh ke stesen Petronas atau bazar Ramadan terpilih,” ujarnya.

Difahamkan juga, dengan hanya menghantar minyak masak terpakai ke stesen Petronas, orang ramai tidak hanya membersihkan dapur tetapi juga membantu melindungi saluran air daripada pencemaran, memajukan ekonomi kitaran dan menyokong pngeluaran biobahan api Malaysia.

Sumber: X @joharighani

The post Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di Petronas – Johari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*