Jennie Blackpink Mohon Maaf, Terpaksa Tinggalkan Pentas Kerana Terlampau Letih

Jennie Blackpink tinggalkan pentas

Jennie Blackpink Mohon Maaf, Terpaksa Tinggalkan Pentas Kerana Terlampau Letih

Ahli kumpulan Blackpink, Jennie pada semalam memohon maaf kepada peminatnya kerana meninggalkan pentas secara tiba-tiba semasa konsert jelajah mereka.

Permohonan maaf itu ditulis Jennie menerusi hantaran muat naik Instastory di akaun Instagram miliknya semalam.

Permohonan maaf itu khas ditujukan oleh Jennie kepada peminatnya yang telah menghadiri konsert jelajah Born Pink di Melbourne pada 11 Jun yang lalu.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan pada Ahad lalu,” katanya menerusi muat naik hantaran itu.

Selain itu, Jennie juga sempat meluahkan rasa kesalnya mengenai kejadian tersebut dan mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah baginya.

Menurut Jennie, tahap kesihatan dan keadaan fizikalnya kini menjadi keutamaan utama bagi dirinya.

Alami keletihan kronik dan terpaksa berehat buat seketika

Tambah Jennie, dia sebenarnya alami masalah keletihan kronik. Maka keputusan meninggalkan pentas semasa konsert jelajah tersebut merupakan satu keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Selain itu, Jennie turut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya yang meluangkan masa untuk hadir ke konsert jelajah Born Pink tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke konsert kami di Melbourne. Saya sayang anda semua,” tulisnya lagi.

Kredit Instagram

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika konsert jelajah Blackpink yang dinamakan sebagai ‘Born Pink’ di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia pada Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, Jennie dipercayai telah meninggalkan pentas ketika sedang melakukan persembahan lagu mereka yang kelima.

Sementara itu, video yang memaparkan Jennie seperti keletihan telah tersebar luas di beberapa media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, jelas menunjukkan Jennie cuba menahan tangannya pada sebatang tiang agar tidak terjatuh di atas pentas ketika konsert tersebut.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Kejadian mengejutkan yang berlaku pada Ahad lalu telah mendapat perhatian peminat kumpulan itu. Malah peminat menghormati keputusan Jennie untuk berehat seketika dan menjaga kesihatannya.

Mereka juga berharap agar Jennie segera pulih dan dapat beraksi kembali bersama tiga ahli kumpulan Blackpink yang lain iaitu Jisoo, Lisa dan Rose.

Konsert Blackpink di Melbourne adalah merupakan jelajah dunia yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan popular asal Korea Selatan tersebut.

Sumber: Jennie/Instagram

The post Jennie Blackpink Mohon Maaf, Terpaksa Tinggalkan Pentas Kerana Terlampau Letih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*