Johor Mohon Bantuan Petugas Daripada Kerajaan Persekutuan, Negeri Tidak Terjejas Banjir

Johor mohon bantuan

Johor Mohon Bantuan Petugas Daripada Kerajaan Persekutuan, Negeri Tidak Terjejas Banjir

BATU PAHAT, 3 Mac (Bernama) — Johor memohon bantuan petugas daripada kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain yang tidak terjejas banjir, memandangkan petugas sedia ada tidak mencukupi sekali gus menampung keadaan banjir luar biasa, yang berlaku di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehingga pukul 1 petang, semua 10 daerah telah dilanda banjir sehingga menjejaskan lebih 33,000 mangsa banjir.

Beliau berkata semua agensi kini sedang berhempas pulas untuk membantu dan sejak banjir berlaku Isnin lepas, ramai antara petugas sudah mula keletihan kerana ada yang di antara mereka tidak tidur selama tiga hari, namun masih tetap bersemangat.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Saya simpati melihat keadaan petugas-petugas kita. Saya juga minta tambahan daripada segi jentera atau pun petugas-petugas daripada negeri-negeri lain yang tidak terlibat banjir, contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Peng 1, hari ini.

Ketika ditanya berkenaan bantuan yang didakwa lewat tiba, Onn Hafiz berharap agar mangsa-mangsa banjir bersabar kerana semua agensi telahpun digerakkan bermula hari pertama banjir, namun terdapat kelewatan disebabkan jumlah mangsa yang terlalu ramai.

Onn Hafiz berkata bantuan kini telah banyak yang sudah tiba di PPS namun sekiranya masih ada yang terkurang ia akan diselesaikan segera, selain menghargai sumbangan daripada pihak badan bukan kerajaan dan syarikat persendirian.

“Pelarasan untuk bantuan akan dilakukan setiap hari, selain kita turut mendapat bantuan daripada NGO, syarikat swasta dan individu, yang membantu daripada segi pakaian dan makanan.

“Kita ucapkan jutaan terima kasih dan untuk rakyat Johor secara keseluruhan kekal bersabar, tenang, dan juga tabah dalam ujian yang cukup getir ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Johor Mohon Bantuan Petugas Daripada Kerajaan Persekutuan, Negeri Tidak Terjejas Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*